Elakkan Dari Suami Tawar Hati, Isteri-Isteri Jangan Kata 5 Perkara Ini Padanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan suami isteri, anda sememangnya perlu bebas dan tidak perlu mempunyai ruang privasi yang tersendri. Orang kata kalau sudah jadi suami isteri ini, semua perkara perlu dikongsi dan tidak boleh hanya mencipta jarak atau jurang diantara kalian. Namun begitu, tetapi ada beberapa perkataan, aduan, atau ayat yang tidak boleh keluar dari mulut anda walaupun anda kecewa atau marah. Kata-kata berbahaya ini tidak boleh dikatakan dan hanya akan merosakkan perkahwinan anda.

Ia juga akan menyakiti perasaan pasangan anda dan berpotensi memecahkan asas di mana perkahwinan anda dibina. Anda tidak boleh hanya memikirkan diri anda sahaja, sedangkan anda juga perlu memikirkan hati dan perasaan pasangan anda. Jadi berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata anda akan membuat atau memecahkan perkahwinan anda, jadi jangan lupa untuk tidak mengatakan perkara ini kepada pasangan anda:



1. Sesuatu tentang menyesali perkahwinan anda.

Apabila anda sibuk dengan kerja rumah, sementara kawan-kawan anda yang bujang sibuk berhibur anda mungkin akan menyatakan sesuatu seperti "Saya berharap saya adalah seorang bujang", atau apabila pasangan anda gagal memenuhi harapan anda, anda akan berkata "Saya berharap saya tidak pernah berkahwin dengan awak "kepadanya.

Menunjukkan keinginan untuk kembali bujang atau menyesali perkahwinan dengan pasangan akan membuatnya seperti gagal dalam perkahwinan ini. Ia juga akan menyakiti hatinya malah menjadikan dirinya bukan seorang yang produktif. Ini kerana, walaupun anda dalam keadaan yang buruk atau hubungan yang renggang anda perlu sentiasa berpegang pada komitmen bersama pasangan anda bukanya memikirkan keadaan anda akan lebih baik tanpa dirinya di sisi anda.

2. Sesuatu yang membandingkan pasangan dan perkahwinan anda dengan orang lain.

Setiap orang mempunyai keberuntungan yang berlainan dalam hubungan mereka begitu juga anda. Jadi jangan kata seperti “suami rakan saya membawanya ke Cameron Highland minggu lepas” ataupun “boleh awak menjadi seperti dia?”. Kata-kata ini akan menguris hati pasangan anda. Anda perlu tahu bahawa setiap hubungan mempunyai pasang surutnya malah, setiap hubungan mempunyai lain-lain kelebihan.

3. Menghina keluarga atau rakan mereka.

Tidak kira betapa menjengkelkan anda berfikir mengenai keluarga suami atau kawan anda, jangan menyatakan sesuatu yang menghina dirinya seperti "bagaimana anda boleh berteman dengan John? atau "Saya tidak akan pergi majlis kenduri keluarga awak, saya tidak boleh tahan ibu awak”. Jika anda mempunyai masalah dengan saudara-mara beliau, jelaskan alasan kepadanya dengan baik dan harap dia akan faham mengapa anda merasakan perkara tertentu tentang mereka dan juga membantu anda menyelesaikan masalah itu. Dengan cara itu, anda boleh mengelakkan saat-saat yang janggal seperti ketika membiarkan dia dengar apa yang saudaranya katakan atau memaksa pasangan anda berpihak.

4. Perkara yang membuatnya berasa bodoh.

Dia mungkin tidak mahir di dapur, suka memberikan idea-idea bodoh atau kadang-kadang lupa di mana dia meninggalkan kunci, tetapi anda tidak perlu terlalu kritikal sehingga membuatnya terdiam dengan kata-kata anda. Kata-kata seperti, "bagaimana anda tidak boleh lakukan hal ini? Gunakan otak anda!", "Ini semua kesalahan anda", atau "idea bodoh", tidak bermakna dan tidak produktif, ia boleh menjejaskan atau menurunkan harga dirinya . Daripada memarahi dia, lebih baik berkongsi pengetahuan atau mencari penyelesaian bersama. Di beberapa tempat, dia mungkin mengajar anda untuk melakukan perkara yang lebih baik untuk perubahan.

5. Meminta cerai.

Apabila anda sudah mula meluahkan perkataan cerai ini, anda akan berdepan dengan masalah besar, bahkan anda mungkin tidak boleh menariknya kembali. Ia akan sentiasa menghantui perkahwinan anda, mengisi hubungan dengan keraguan, rasa tidak percaya dan kecurigaan. Perkataan yang tidak dapat dilupakan ini tidak boleh dijelaskan dengan mudah walaupun ia hanya ancaman sahaja. Ia menunjukkan kekurangan komitmen dan kepercayaan dalam memelihara perkahwinan anda dalam jangka panjang. Melainkan jika ia melibatkan penyalahgunaan atau kesalahan yang lebih serius.

Hati-hati dengan perkara seperti ini, kerana kita sebagai seorang isteri kadang kala bertindak menggunakan emosi bukanya menggunakan fikiran yang waras.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen