5 Cara Lunaskan Hutang Anda Dengan Kadar Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati tidak tenang, tidur malam tidak lena malah sentiasa terfikir-fikir sekiranya anda memiliki hutang yang terlalu banyak. Pasti anda mahu hutang yang sedia ada itu segera diselesaikan malah tidak mahu menyimpan perkara ini dengan lebih lama. Mana tidaknya, apabila berhutang ini nak buat apa-apa semuanya terhad. Nak beli apa yang kita mahu juga begitu terhad, pastilah perlu dahulukan wang untuk hutang dahulu.

Jadi bagi membolehkan anda segera keluar dari kemelut hutang yang tidak tertanggung itu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda korbankan. Perkara yang perlu anda korbankan adalah seperti anda perlu mengubah minda, tabiat kewangan, rutin dan persahabatan anda.

Semua itu memerlukan usaha, ketekunan dan pengorbanan untuk membayar hutang dengan cepat. Maka dengan ini, 5 langkah perlu anda lakukan dengan segera.



1. Mengurangkan perbelanjaan.

Jumlah hutang yang sepatutnya anda miliki adalah tidak melebihi 30% dari jumlah pendapatan anda setiap bulan, dan kalau boleh anda perlu kurangkan dari kadar tersebut. Jika anda mempunyai hutang yang lebih besar daripada nilai itu, maka ini adalah masa untuk mengurangkan perbelanjaan dan mencari pilihan alternatif. Cari cara untuk mengurangkan bil perbelanjaan, kos utiliti dan kos pengangkutan. Semakin rendahnya kos sara hidup yang mesti dibelanjakan setiap bulan, lebih banyak wang dapat diketepikan untuk membayar hutang.



2. Sentiasa membayar dengan tunai.

Apabila anda membayar wang dengan menggunakan wang tunai, maka anda akan lihat berapa banyak wang anda yang akan hilang. Bahkan anda juga dapat merasa berapa tebal wang itu, ini kerana apabila anda melihat wang tersebut maka perasaan sayang untuk berbelanja itu akan lebih lagi. Kaedah ini juga sangat membantu supaya anda menghabiskan wang lebih sedikit dan pembelian dapat diturunkan.

3. Mencari perkerjaan sampingan.

Cara terbaik bagi anda untuk membayar hutang dengan cepat adalah untuk mengorbankan sedikit masa lapang untuk melakukan kerja sampingan. Manfaatkan kepakaran yang anda ada seperti menjadi jurugambar, meniaga online, dan perniagaan sampingan lain. Yang penting ialah anda perlu mencari cara untuk mengubah masa lapang anda menjadi sumber pendapatan baru.



4. Menggunakan pengangkutan yang lebih murah.

Mengurangkan kos pengangkutan itu bermakna anda sedang berjimat untuk mengurangkan penggunaan bahan api serta kos perjalanan anda. Dengan cara ini sebenarnya anda boleh berjimat lebih banyak. Mungkin anda boleh menggunakan alternative seperti menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki, menaiki basikal atau motosikal. Tetapi jika perjalan anda jauh, mungkin cara ini tidak sesuai buat anda.

5. Ubah rakan-rakan sekeliling anda.

Seorang kawan adalah orang yang boleh mempengaruhi kelakuan dan sifat anda. Jika anda ingin membiasakan diri dengan berjimat, kemudian cari rakan-rakan yang mempunyai gaya hidup yang sama. Hindari kawan-kawan yang lemah, seperti menghabiskan banyak wang pada perkara-perkara yang tidak perlu, dan suka berhutang. Sekiranya anda tidak dapat mencari rakan yang mempunyai gaya hidup seperti ini, cari kawan-kawan dalam kumpulan media sosial, komuniti, forum, dan sebagainya yang boleh menyedarkan anda. Menukar kalangan sosial adalah salah satu perkara penting dan berguna yang boleh membawa kepada kebebasan dari berhutang.

Namun ini semua adalah pilihan untuk anda. jika anda merasakan anda mampu untuk tersu menerus memikul hutang yang anda, maka terusdengan cara hidup anda, jika sebaliknya segera ambil tindakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen