Perut Buncit, Senggugut Teruk, Kerap Terkencing & Susah Mengandung - Wanita Mungkin Ada Fibroid!

Oleh: Zuzu Yasmine

Penyakit seperti fibroid dan cyst ini sememangnya penyakit yang sangat popular dikalangan kaum wanita. Mana tidaknya, ia seumpama penyakit yang menakutkan buat kaum wanita ini. Ramai wanita berharap agar dirinya tidak disahkan untuk memiliki fibroid ataupun cyst ini. Mana tidaknya, dua penyakit ini berkait rapat dengan kesuburan dan rahimnya.

Menurut Dr. Muhammad Izzat, Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila dah menopos atau putus haid, sudah tiada bekalan hormon maka ia akan menyebabkan saiz fibroid ni mengecut.

Penyakit ini sering berlaku dikalangan wanita, jadi jangan terkejut sekiranya anda disahkan menghidap penyakit ini. Bahkan fibroid ini pada asalnya tidak bahaya namun ia boleh berubah menjadi bahaya kepada seseorang itu. Mari fahami penjelasan Dr ini dengan lebih jelas.



Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid - merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.



Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni bole bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan leiomyosarcoma.

Fibroid sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan ler terkejut kalau doktor cakap ada fibroid ternampak masa scan. Tanpa disedari pun boleh ada fibroid. Kekerapanya dalam 3 wanita, sorang akan ada fibroid.



Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Perlu tahu fibroid ni lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab kekadang kewujudannya tak disedari pun. Kalau fibroid menimbulkan masalah - masalah yang biasa adalah period banyak, period sakit ( senggugut ) , terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rectum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak keluar apa-apa pun, ada juga yang melaporkan rasa sakit.

Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, tak ade dah bekalan hormon hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus - fibroid ini adalah jenis yang bahaya ( leiomyosarcoma)

Kenapa berlakunya fibroid?

i. Tanya la sesiapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.

ii. Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.

iii. Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yang tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi. Ha so ape lagi? Jom kuruskan badan !



Gejala-gejala fibroid:

Semua gejala dinyatakan ni bukan spesifik kepada orang yang ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom simptom ini. Jangan melompat terus buat diagnosis sendiri bila dengar orang ada symptom mcm ni ataupun diri sendiri ada masalah macam ni.

✳️Pendarahan period yang luar biasa banyaknya

✳️sakit period yang melampau2 sampai tak boleh pergi kerja atau pergi kolej atau pergi sekolah sehingga guling-guling kat rumah dan memerlukan MC

✳️Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari. Bila cakap camni, semua orang buncit dah cuak pegang-pegang perut sendiri. Perut buncit saja bukan disebabkan fibroid ya. Tinja penuh dalam usus pun boleh sebabkan perut buncit bukan sekadar lemak tepu

✳️Terkencing-kencing kerap. Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing. Beriya berlari pegi toilet, tapi ciput je kencing yang keluar, kadang2 tkde langsung

✳️Sakit bahagian bawah perut - kadang2 tak period pun sakit gak. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.

✳️Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dengan keguguran. Haa bukan fibroid je tau boleh sebabkan keguguran, banyakkkk lagi sebab lain.

✳️Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh mengganggu pemusingan bayi dalam rahim - tetiba baby berada dalam keadaan songsang ke melintang ke sebab fibroid besar menghalang bayi berpusing supaya kepalanya di bawah. Baca betul-betul kat sini, fibroid yang besar. Fibroid ciput atau cenonet takda menyebabkan masalah ini.

✳️Fibroid yang besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit ( rujuk gambar )



Apa yang boleh dibuat dengan fibroid ni?

✔️Fibroid yang tidak menimbulkan apa-apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Jangan ler meminta2 untuk buang fibroid yang tak kacau apa pun. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila dah menopos.

✔️Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dengan Dr terlebih dahulu

✔️Operation buang fibroid. Ada 2 jenis - buang fibroid sahaja dan biarkan rahim Untuk mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang. Ada kes yang memerlukan rahim dibuang bersama sama dengan fibroid lebih-lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yang ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yang boleh timbul, bawak berbincang dengan Dr dulu, ikut kesesuaian pesakit.

Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yang diberikan tidak mampu merawat fibroid. Orang puteh cakap LAST RESORT.

Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih-pilih ikut suka hati ikut sedap hati.

Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua benda yang SANGAT BERBEZA. Jangan jadi makcik bawang dan tuduh fibroid adalah cyst dan cyst adalah fibroid. Baca post saya sebelum ni untuk cyst.

Saya kongsikan beberapa gambar saya cedok dan ambil dari GOOGLE untuk tujuan pembelajaran pesakit.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen