Pastikan Kulit Anda Kekal Terhidrasi Semasa Menggunakan Penghawa Dingin Dengan 5 Kaedah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Di dalam keadaan yang panas ini, penggunaan penyaman udara sememangnya akan menyegarkan dan memberi rasa kesejukan pada tubuh badan sesiapa sahaja. Malah apabila sudah mula menikmati udara ini pasti begitu payah untuk berjauhan darinya.

Namun begitu, pendedahan diri anda didalam bilik berhawa dingin untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kekeringan dan dehidrasi kulit. Apabila peratusan air berkurangan dan tersejat daripada kulit, kulit anda akan terasa sedikit ketat atau tegang, kulit kelihatan kasar, menggelupas, kemerah-merahan, kemunculan garis-garis halus atau kedutan dan sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, keretakan yang lebih dalam akan berlaku pada kulit yang akan menyebabkan pendarahan. Dibawah adalah 5 cara yang baik untuk anda mengekalkan kulit yang cantik semasa menggunakan pendingin hawa.



1. Persekitaran yang lembap.

Anda akan berasa selesa semasa menggunakan pendingin hawa tetapi ia menyejatkan peratusan air daripada kulit anda secara perlahan-lahan. Suhu yang terlalu sejuk adalah keadaan yang tidak sesuai untuk kulit anda, oleh itu anda boleh memasang ‘air humidifier’ atau pelembap udara untuk membantu memberikan kelembapan didalam bilik tanpa perlu menutup pendingin hawa. ‘Air humidifier’ membantu untuk menyeimbangkan kelembapan udara dikawasan ianya dipasang. Terdapat pelbagai jenis ‘air humidifier’ yang boleh anda beli daripada pasaraya, daripada yang bersaiz kecil sehinggalah yang bersaiz besar. Anda boleh mengisinya dengan air sahaja atau dicampurkan dengan minyak pati pilihan anda.



2. Kekal hidrat.

Setiap pejabat kebiasaannya disediakan dengan kemudahan air minuman seperti air yang telah ditapis atau sistem penapisan air. Gunakan kemudahan tersebut untuk memastikan tubuh anda kekal terhidrasi. Tubuh badan yang cukup dengan kandungan air bukan sahaja baik untuk organ terbesar dalam tubuh badan iaitu kulit, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel badan. Jumlah ideal untuk air minuman adalah sebanyak 8 gelas sehari atau apabila anda berasa dahaga dan apabila anda menyedari tubuh badan anda menyingkirkan lebih banyak air seperti perpeluhan atau pembuangan air.



3. Gunakan pelembap

Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan kekeringan kulit ketika menggunakan pendingin hawa adalah dengan menngunakan pelembap. Adalah sangat mustahil untuk menutup pendingin hawa didalam suatu kawasan atau bilik yang tidak mempunyai kawasan terbuka bagi tujuan aliran udara seperti tingkap dan balkoni, kerana penghuninya akan berasa tidak selesa dengan suhu yang semakin meningkat sekiranya pendingin hawa ditutup. Pelembap boleh menjadi salah satu pilihan yang baik dan mudah untuk membantu anda melembapkan kulit selain mengelakkan kedutan pramatang atau mana-mana tanda penuaan yang berkaitan dengan kesan penggunaan pendingin hawa.

4. Buka tingkap dengan kerap

Menjadi kebiasaan bagi bilik dengan fungsi pendingin hawa untuk jarang membuka tingkap dan kita sering menganggap bahawa tiada keperluan untuk membuka tingkap kecuali sekiranya bekalan elektrik terputus. Ini adalah satu tanggapan salah yang amat jelas. Melalui bukaan tingkap, aliran udara segar daripada luar membantu menyeimbangkan kelembapan didalam bilik. Anda boleh membuka tingkap apabila anda tidak berada didalam bilik, dan tutup tingkap apabila anda kembali semula kedalam bilik semasa anda mula menghidupkan pendingin hawa. Tahap kelembapan yang baik didalam bilik membantu menghalang kulit anda daripada dehidrasi.



5. Sediakan bekas air

Pada kebiasaannya, kita tidak menyedari berkenaan kesan pendingin hawa yang menyerap keluar kelembapan daripada persekitaran dan daripada tubuh badan kita. Sebagai alternatif, anda boleh menyediakan bekas yang mengandungi air yang diletakkan dibawah aliran pendingin hawa untuk tujuan penyejatan air. Cara ini membantu anda untuk mengelakkan kekeringan kulit kerana pendingin hawa akan menyerap keluar air daripada bekas tersebut berbanding daripada kulit anda. Cara ini turut membantu memberikan kelembapan terhadap udara didalam bilik, menjadikan ianya satu cara dengan dua kebaikan berbeza kepada kita.

Semoga tips ini membantu anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen