“Pengambilan Suplemen Perlu Jika Tidak Makan Makanan Yang Seimbang..” – Dr. Zubaidi-

Pada masa kini, para wanita berkejar-kejar untuk mengamalkan pengambilan vitamin tambahan mahupun suplemen untuk kesihatan tubuh badan. Namun, pengambilan tersebut tidak pula mengikut nasihat daripada yang pakar. Ini yang menyebabkan ramai golongan wanita mudah menghidap pelbagai komplikasi dan penyakit.

Sebelum ingin mengambil suplemen, anda HARUS mendapatkan nasihat daripada doktor seperti perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini…

********

Image may contain: 1 person, sitting, eating, food and indoor

Pagi ini bersarapan pagi. Kali terakhir makan tengahari pada pukul 3pm. Dalam pukul 8pm, hanya 2 biji telur rebus. Itu pun, anak saya culik satu biji telur sbb dia berselera tgk saya makan telur rebus. Bubuh sikit lada sula. Mmg klasik.

Pagi ini dapat lontong kering extra telur. Banyak sayur. Makan berdua. Bincang pasal pelan perniagaan.

Kemudian ada rakan berkongsi satu artikel. Penerbitan perubatan terkenal, Journal of the American Medical Association (JAMA) telah menukar pandangan terhadap pengambilan suplemen vitamin.

Selama ini, (sejak tiga puluh tahun dulu) JAMA sebagai penerbitan rujukan para pengamal perubatan di Amerika, berpandangan bahawa orang yang normal tidak perlu mengambil sebarang suplemen vitamin.

Kebanyakan pendapat sebelum ini mengatakan bahawa sumber nutrien selama ini hanya cukup melalui pemakanan yang kita makan.

Tetapi berdasar pada beberapa kajian yang dilakukan, JAMA mula mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya satu pil multivitamin setiap hari.

Menurut Dr Fletcher dan Dr Fairfield dari Universiti Harvard yang menulis panduan terbaru di JAMA mengatakan

"Kebanyakan orang tidak mendapat kuantiti kesemua vitamin yang secukupnya dari pemakanan yang mereka ambil".

Mereka juga menyatakan "pengambilan kesemua vitamin dalam dos yang tidak mencukupi dalam tempuh masa tertentu akan menyebabkan masalah penyakit kronik, terutama pada usia tua.

Mereka berpendapat, bahawa semestinya penambahbaikan nilai pemakanan (dengan ubah cara pemakanan) adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit kronik, tetapi sepertimana yang para pengamal perubatan ketahui bahawa agak sukar untuk mengubah cara pemakanan seseorang pesakit.

Dalam pandangan saintik yang diterbitkan(2), mereka menarik perhatian pengamal perubatan tentang kaitan positif antara pengambilan vitamin B dengan penyakit kardiovaskular, kecacatan sejak lahir "neural tube defects", dan kanser usus besar dan payudara.

Begitu juga pengambilan vitamin D untuk mencegah osteoporosis.

Mereka juga mengatakan dengan jelas, bahawa pengambilan antioksida (vitamin A, E dan C) dalam dos yang terlalu rendah dalam makanan boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.

Pengambilan vitamin E dan carotenoid lycopene, sebagai contoh, merendahkan risiko mendapat penyakit kanser prostate.

Namun begitu, tidak semua orang sesuai mengambil suplemen multivitamin. Ia bergantung pada keperluan individu.

Ambillah suplemen berdasarkan keperluan setelah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan tinggalkan cara pemakanan yang sihat.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE sbg sumber minyak sihat dan vitamin E tocotrienol bagi penjagaan kesihatan saya. Alhamdulillah, rasa bertambah sihat dan bertenaga.

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen