Tips Buat Bapa Untuk Jalinkan Hubungan Yang Lebih Mesra Bersama Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat anak-anak lebih mudah untuk pergi ke arah ibu sekiranya terdapat apa-apa yang berlaku. Tidak kiralah ketika itu perasaannya sedang marah, menangis atau gembira sekalipun, ibu adalah orang yang pertama akan dituju dan dipeluk.

Hubungan di antara anak dan ayah pula tidaklah begitu renggang tetapi jarang sekali anak yang menangis akan mengadu pada ayahnya sekiranya ibu ada di sebelahnya. Adakah ini perkara nomal setiap kanak-kanak?

Mungkin ada yang beranggapan ia adalah perkara biasa kerana ibu telah menjaganya sejak dari kecil malah dari dalam kandungan lagi. Tidak hanya itu sahaja, kehangatan kasih sayang ibu lebih dirasai anak-anak berbanding bapa. Tapi seorang bapa pastinya mahu mengeratkan diri bersama anak-anaknya.



Menurut kajian, bapa yang berada di sisi pasangan ketika kelahiran bayi akan mengalami perasaan yang sama seperti dialami ibu. Selepas sahaja bayi lahir, seorang bapa seharusnya terus memeluk dan merangkul bayi agar perasaan kasih sayang itu lahir secara semulajadi.



Banyak kajian terbaharu yang mencadangkan seorang bapa perlu mengekalkan hubungan yang rapat dengan anak mereka ketika berusia awal bulan lagi. Ini akan membuat hubungan mereka dengan anak menjadi lebih rapat dewasa kelak. Oleh itu, seawal bayi masih berada dalam perut lagi, tidak salah untuk berbual dengan anak anda agar mereka dapat mengenali suara anda. Ini juga dapat membina ikatan kepercayaan sesama anda dan bayi.

Antara kajian lain daripada Canada pula mencadangkan bahawa bakal bapa sebenarnya kan mengalami perubahan daripada hormon dan biologi yang akan menyediakan mereka ke alam keibubapaan. Kajian ini mengatakan bahawa testosteron bakal bapa akan menurun manakala hormon prolaktin dan kortisol yang berkait rapat dengan kehamilan, akan meningkat dalam tempoh tiga minggu sebelum bayi dilahirkan.

Ada juga kajian serupa yang menunjukkan kadar prolaktin dalam badan lelaki akan meningkat apabila mereka merangkul bayi. Penemuan ini dapat menyokong kenyataan yang mengatakan terdapat perubahan fisiologi buat bakal bapa.

Tip untuk bapa menguatkan jalinan dengan anak-anak



1. Bermain bersama.

Kajian menunjukkan bahawa ibu dan bapa cenderung untuk membahagikan cara penjagaan ketika bayi mula mencecah awal minggu kehidupan mereka. Peranan ibu selalunya akan lebih cenderung kepada penjagaan yang lembut dan melibatkan mental manakala bapa pula cenderung kepada penjagaan yang lebih bersikap fizikal.

Ini jelas sekali akan menyebabkan anda dan pasangan menjadi stereotaip terhadap anda. Namun, ia juga akan menjadikan anda sebagai ‘teman sepermainan’ mereka. Selalunya, seorang bapa akan menjadi ‘hero’ kepada anak anda. Ini juga merupakan kelebihan kepada bapa kerana anda akan mungkin merupakan individu pertama yang mendengar tangisan bayi.

2. Rangkul bayi anda dengan erat.

Apabila si ibu sedang menyusukan bayi, mereka akan membawa bayi dekat kepada dada mereka lalu membuat mereka jelas dapat melihat anda. Ketika anda sebagai seorang bapa sedang menyusukan mereka, pegang bayi pada posisi yang sama dan biarkan mata mereka jelas melihat kepada anda.

3. Ambil tugas pada waktu malam.

Beri peluang kepada si ibu untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dengan menjadi ‘penyelamat’ pada waktu malam tatkala bayi menangis. Ini akan memberi anda dan bayi masa bersama yang berharga. Anda dinasihatkan untuk selalu menyimpan susu di dalam peti untuk situasi kecemasan begini.

4. Usap tangisan bayi anda.

Anda perlu menjadi seorang bapa yang sentiasa ada ketika bayi menangis untuk mengusap tangisan mereka. Anda boleh cuba memujuk mereka dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan puting palsu. Ini dapat memberi mereka petunjuk bahawa bukan hanya si ibu sahaja yang mampu memberikan apa yang diperlukan oleh bayi.

5. Cuba lakukan urutan bayi.

Bayi mudah bergerak balas dengan sentuhan. Cara yang paling mudah untuk merelakskan bayi adalah dengan urutan lembut. Apabila bayi anda sedang gembira, lakukan 10 hingga 15 minit urutan yang lembut pada bahagian kaki, perut, tangan dan leher mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen