Anak Dan Menantu Sangat Beruntung Jika Miliki Ibu Mertua Yang Mempunyai 6 Kriteria Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan seorang ibu sahaja yang mahukan menantu yang baik serta menyayangi anaknya nanti, tetapi anak-anak juga berharap agar ibu dan ibu mertua mereka ini seorang yang memahami serta bertimbang rasa.

Selalunya kita hanya sibuk untuk menjadi anak menantu yang baik tidak kiralah lelaki atau perempuan bukan? Nak tahu bagaimana keluarga mertua menerima kita dengan hati yang terbuka atau tidak nak tahu bagaimana nak ambil hati mereka bukan?

Tapi bagaimana dengan ibu-ibu mertua ini? Tidak mahu menjadi ibu mertua kesayangan menantu? Untung ye kalau menjadi ibu mertua kesayangan menantu. Ini cara untuk menjadi ibu mertua yang disayangi.



1. Jangan paksa anak menantu buat majlis yang mereka tidak mampu.

Perkahwinan ini hanya sekali seumur hidup, jadi biarkan anak-anak yang menentukan bagaimana majlis mereka nanti. Jangan terlalu hendak ikut kata orang ramai hingga anak menantu kita ini tersepit dengan sikap kita. Bukan itu sahaja, jangan berlumba-lumba nak buat majlis yang grad dan mewah, nanti tiada yang ingat juga.

2. Jangan sibuk nak masuk campur hubungan anak menantu.

Setiap masalah mereka itu biarkan mereka yang hadapi dan selesaikan. Ajar mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap masalah yang mereka lakukan. Bukannya biarkan masuk campur dan membuatkan hubungan mereka menjadi lebih tegang dan keruh. Biar mereka cari penyelesaian terbaik buat diri mereka.

3. Jangan biarkan anak menantu tinggal di rumah anda.

Bukan tidak suka, tetapi adalah lebih baik jika mereka ini tidak sebumbung dengan anda. Jika mahu mereka tinggal bersama dengan anda boleh, tetapi cukup sekadar dua atau tiga bulan sahaja. Selepas dari itu, ajak mereka untuk mencari rumah sewa dan membiarkan mereka yang menyewanya.

4. Tidak perlu bergosip pasal anak menantu.

Jangan mudah bercakap belakang mengenai menantu anda ini. Anda perlu sedar bahawa anak anda itu juga menantu. Bagaimana jika anak anda diperlakukan sebegitu, pasti anda juga tidak boleh terima bukan. Adalah lebih baik biarkan apa sahaja yang menantu anda lakukan itu. Itukan rumah tangga mereka.

5. Ingat akan anak kita juga.

Apabila kita buat dekat anak orang esok lusa akan kena pula dengan anak kita. Jangan kata “tak apa anak aku lelaki”, anda perlu ingat anak juga memiliki anak perempuan, tidak mustahil jika anak anda juga akan nasib yang sama. Ingat Allah tidak pernah tidur.

6. Sentiasa jadi ibu mertua yang beriman dan waras.

Adalah lebih elok sekiranya anda menjadi seorang ibu mertua yang beriman dan sentiasa berfikiran waras. Ini kerana, anda akan lebih bijak dalam mengambil langkah yang melibatkan anak menantu anda. Ibu mertua yang waras dan beriman ini kesayangan anak menantu taw.

Jangan kerana perangai kita ini, anak serta menantu tidak sukakan kehadiran kita ini. Lebih baik jika kehadiran kita ini diraikan daripada disambut dengan muka yang masam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen