Bila Pasangan Buat Hal, Tapi Ibu Mertua Backup Anak Mereka. Apa Yang Perlu Anda Lakukan Adalah….

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika memiliki ibu mertua yang baik sememangnya sangat beruntung dan sudah tentulah ia akan menambah kebahagiaan dalam hubungan kalian. Ini kerana keluarga mertua sama ada ibu atau bapa mertua tidak akan masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka malah lebih mahu anak mereka selesaikan setiap masalah yang berlaku.

Berlainan pula dengan ibu bapa mertua yang baik, tetapi mereka ini akan membela anak mereka walaupun secara terang menerang anda mereka sudah salah dalam hal tersebut. Apa yang mereka lihat adalah salah menantu mereka, sedangkan punca pertengkaran adalah bermula dengan anak sendiri.



Buat anda yang berdepan dengan masalah sebegini, pasti sangat memeningkan kepala, mana tidaknya setiap tindakan yang bakal anda ambil pasti akan menjadi satu kesalahan di mata mereka ini. Jangan bimbang, mertua sebegini, tidak boleh dibalas dengan kekerasan tetapi gunakan sedikit kelembutan dan kesabaran anda.

1. Bila bergaduh jangan sampai mertua tahu.

Mungkin salah faham akan berlaku sementara sahaja, tapi ia mungkin salah faham yang agak besar. Setiap yang berlaku dalam rumah tangga anda, pasti anda sendiri yang mengawalnya. Jangan biarkan masuk campur tangan ibu mertua anda. Apabila ibu mertua masuk campur, keadaan akan semakin tegang dan hubungan anda dengannya juga akan merenggang.

2. Abaikan segala yang dikatakan.

Jangan ambil hati setiap yang dikatakan. Mereka hanya mahu membela nasib anak mereka sahaja. Mereka tidak memikirkan perkara tersebut betul atau sebaliknya. Tetapi hanya mahu memastikan bahawa dia tahu mendidik anaknya dengan baik. Maka dengan itu, setiap kata yang keluar dari mulutnya itu jangan disimpan di dalam hati. Ini kerana, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang anda rasakan.

3. Jangan panjangkan pergaduhan.

Apabila ibu mertua mula bersuara, segera selesaikan masalah anda. jangan biar berpanjangan. Ini kerana, semakin lama masalah tersebut, ia akan menimbulkan pelbagai masalah yang lain. Biasanya apabila masalah sudah sampai ke pengetahuan mertua, ia adalah masalah yang serius. Jadi segera selesaikannya.

4. Jangan membela diri anda.

Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik sekiranya anda hanya mendiamkan diri. Jangan sesekali melawan dengan membidas semula apa yang ibu mertua anda katakan. Setiap apa yang dikatakan olehnya pasti akan menyebelahi anaknya. Jadi jika anda membela diri sekalipun, ia hanya membuatkan anda menambah masalah yang lain dalam masalah yang sedia anda.

5. Bersabar dan terus bersabar.

Jalan terbaik untuk perkara sebegini adalah bersabar dan terus bersabar. Jika sayangkan hubungan maka teruskan bersabar. Biar apa yang nak dikatakan oleh mereka kerana mereka tidak berada dalam situasi anda. bukan itu sahaja, setiap apa yang dikatakan oleh mereka tidak akan mengubah sikap sebenar anak mereka.

Mana-mana pasangan sudah pasti akan tahu perangai sebenar suami atau isteri mereka. Ini kerana, anda yang berkongsi hidup, bilik tidur, sebantal dan pelbagai lagi. Keluarga mertua yang membela ini biasanya hanya mahu menutup kelemahan anak mereka sahaja. Jadi abaikan sahaja segala kata yang dilemparkan kepada anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen