Doktor Ini Kongsi Beberapa Situasi Boleh Menyebabkan Sakit Tekak, Nampak Macam Remeh Tapi Wajib Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa sakit sahaja mulut nak telan makanan. Rasa macam ada sesuatu di dalam mulut berdekatan anak tekak. Macam tercekik tulang ikan tapi tidak, nak kata demam pun tidak juga. Peranh atau tidak anda berdepan dengan perkara sebegini? Jika pernah apa yang telah anda lakukan?

Kadang kala kita ini hanya memandang ringan sahaja terhadap penyakit yang ringan tapi tanpa sedar ia boleh menjadi satu yang sangat teruk. Biasanya kita ini apabila sakit tekak, kita rasa macam nak demam lah, tercekik tulang ikan lah dan pelbagai lagi.

Bila dan serius , dah rasa tidak selesa sangat barulah nak pergi mendapatkan rawatan doktor. Mari kita ikuti perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini, mengapa kadang kala kita sakit tekak hingga ia berlanjutan.



"Saya sakit sangat, doktor.. sakit sangat-sangat ni!" rintih lelaki itu.

"Dah berapa lama awak tahan ni?"

"Mula-mula sakit siket saja, lama-lama makin teruk, ni nak telan pun tak boleh ni,"




"Dr Ezairy, this is a case of 48 years old man with known case of diabetes, presented with worsening sore throat, associated with one day history of odynophagia. Today noted neck swelling with difficulty to open the mouth..."

"Okay, i ll come now,"

Daripada history pesakit, saya boleh mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Jangkitan pada tekak telah merebak ke kawasan sekitar, dan menyebabkan pengumpulan nanah di kawasan leher!

Huh...

---------------------------------------

"Awak ada tertelan apa-apa tulang ikan ke atau apa-apa sahaja sebelum ni?"

"Ada, doktor. Empat hari lepas saya makan ikan , saya rasa tertelan tulang ikan tu, cuba korek-korek tak keluar... cuba telan. Nasi, tapi tetap rasa... lama-lama saya biarkan... ingatkan elok.. tapi makin sakit... hari ni leher pulak bengkak macam ni,"

**************************************



Nasihat umum .

Beberapa keadaan dan situasi boleh menyebabkan anda berasa sakit tekak.

1. Jangkitan pada tekak atau disebut sebagai pharingitis kerap menyebabkan pesakit mengalami sakit tekak. Pesakit perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah tidak berkurang.

2. Masalah tonsillitis. Tonsil membengkak akan menyebabkan pesakit mengalami serangan akut tonsillitis seperti demam, sakit tekak dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk ubat antibiotik.

3. Masalah allergi, alahan dan sinus. Tidak semua pesakit alahan an sinus akan mengalami sakit tekak. Pesakit biasanya hanya akan nerasa tidak selesa pada tekak, kadang-kadang terasa perit dan seakan ada lendir yang sentiasa mengganggu keselesaan pesakit. Dapatkan rawatan alahan dan resdung anda di klinik dan hospital.

4. Gastrik. Untuk sesetengah pesakit yang mengalami masalah refluks gastritis, ada antara mereka yang mengadu masalah perit dan tidak selesa pada tekak beserta masalah pada ulu hati. Refluks asid yang nerlaku akan menyebabkan sedikit radang pada kawasan laryngeal inlet dan ada pesakit boleh mengadu kerap tidak selesa pada tekak.

5. Benda asing. Tulang ikan, atau apa apa makanan yang tersangkut pada tekak boleh menyebabkan sakit pada tekak. Pesakit biasanya akan merasa gejala mencucuk-cucuk pada tekak dan tidak berkurang gejala tersebut.

Tulang ikan yang melekat pada dinding salur makanan atau tekak boleh menyebabkan jangkitan. Ia menjadi lebih serius kepada pesakit yang menghidap kencing manis. Pengumpulan nanah boleh berlaku di kawasan sekitar dan menyebabkan pembengkakan pada leher! Jangan lewat ke hospital, Anda perlu dapatkan pemeriksaan bersama doktor.

************************^**************

Nota kaki :
Odynophagia : sakit ketika menelan makanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen