Bila Suami Kantoi Curang Lagi, Apa Tindakan Yang Isteri Perlu Lakukan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dulu masa bercinta, nak kata lihat wanita lain pun payah, inikan pula nak melayan dan bermesra dengan wanita lain. Tapi apabila sudah berkahwin ini, lain pula dengan sikapnya waktu bercinta dahulu. Kalau dahulu setia itu bagai satu perkara yang disanjung tinggi, tapi kini hanya dipandang sebelah mata.

Hati wanita mana yang tidak luluh apabila suaminya kantoi bersama wanita lain. Nak-nak lagi bersama orang yang kita kenal dan hubungan agak akrab. Rasanya bagai ditikam berkali-kali. Ini lah yang dinamakan duri dalam daging.

Dalam kesedihan yang dirasakan ini, pasti banyak perkara yang bermain difikiran. Jika dahulu pernah kantoi curang tapi hati memberi peluang lagi kerana memikirkan anak-anak yang perlukan kasih sayang seorang bapa. Tapi ini kantoi lagi sekali, umpama peluang yang diberikan itu langsung tidak dihargai oleh si suami. Jadi sebagai seorang isteri ini, apa yang perlu dilakukan? Tindakan yang bagaimana wajar diambil pada keadaan yang tegang pada ketika ini?



1. Jangan ikut kata hati.

Apabila berdepan dengan perkara seperti ini, hati dan fikiran selalunya tidak serasi. Jika difikir secara rasional, pasti ingin menyelesaikan masalah ini dengan baik. Tetapi jika ikutkan hati, pasti mahu lari dari masalah ini dan tidak mahu berdepan dengan perkara ini. Jadi cuba untuk berfikir secara matang, jika anda lari dari masalah ini, pasti ia akan terus menerus mengejar anda, jadi adalah lebih baik cuba mencari penyelesaian yang memuaskan hati kedua pihak.



2. Jangan ambil sikap tidak peduli.

Jika anda hanya mendiamkan diri akan perbuatan suami anda dan menganggap bahawa itu adalah jalan hidup anda, itu bukan perkara yang bijak. Sesetengah wanita hanya membiarkan suaminya melakukan perkara tersebut kerana ingin mengambil jalan mudah yang tidak memeningkan kepalanya.

Masalah sebegini tidak akan hilang dengan sendirinya, selagi suami anda tidak sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan.

3. Jangan terlalu gelojoh luahkan perasaan di media sosial.

Dalam keadaan yang menyedihkan ini, pasti akan ada yang mahu berkongsi perasaan sebegini kepada orang ramai sebagai peringatan atau boleh mengambil iktibar bersama. Sedangkan anda telah menyebarkan aib suami anda tanpa anda sedar. Malah setiap komen-komen di ruangan tersebut akan membuat anda bertambah terluka terbeban. Jadi ketika ini jauhi media sosial buat seketika.

4. Dapatkan nasihat daripada keluarga.

Pada ketika ini, cari seseorang yang benar-benar anda percaya, seperti ibu bapa atau adik-beradik anda. Masalah sebegini tidak boleh dihadapi seorang diri sahaja. Anda perlu dapatkan pandangan serta nasihat seseorang yang lebih berpengalaman agar setiap keputusan yang diambil tidak menyesalkan anda.

5. Beri masa untuk diri sendiri dan pasangan.

Setiap keputusan yang terburu-buru ini tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Cuba beri masa untuk masing-masing memikirkan yang mana keputusan terbaik yang mana tidak. Cuba untuk ambil masa tenangkan fikirkan dan cuba untuk berjauhan buat seketika. Jika berjumpa pun, ia hanya akan membuat kalian bergaduh dan bertekak mencari salah sahaja.



6. Dekatkan diri dengan Allah.

Dalam setiap kesedihan yang dirasai ini, pasti Allah adalah tempat terbaik untuk meluahkan segala rasa. Malah dia juga tempat terbaik untuk anda meminta bantuan dan pertolongan. Kadang kala kita terlalu leka dengan kebahagiaan yang diberikan sehingga kita diberikan ujian agar mendekatkan diri kita kepadaNya.

Buat mereka yang sedang berdepan dengan masalah sebegini, cuba untuk bertenang, jangan terlalu ikutkan hati. Cari jalan terbaik untuk keduanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen