Alami Dengkuran Yang Teruk Setiap Kali Tidur Sehingga Mengganggu Keselesaan Orang Lain? Cuba 8 Tips Yang Dikongsikan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah dengkuran ketika tidur sememangnya di pandang remeh oleh sesetengah orang. Bagi mereka, perkara ini terlalu biasa untuk berlaku dalam persekitaran mereka. Tanpa mereka sedar sebenarnya dengkuran pada waktu tidur itu adalah petunjuk akan kesihatan tubuh badan mereka.

Dengkuran yang amat kuat kadang kala dikaitkan dengan keletihan seseorang. Tetapi dengkuran yang berlanjutan ini sememangnya tidak bagus. Ini kerana, kemungkinan ia akan mendatangkan ketidakselesaan seseorang yang tidur di sebelah anda.



Pelbagai cara telah dilakukan untuk hilangkan dengkuran? Pasti ada yang membeli alat-alat membantu melancarkan penafasan seperti yang dipaparkan di televisyen namun masih lagi tidak menghilangkan dengkuran. Jadi mari cuba 8 tips yang dikongsikan oleh Dr. Ezairy M.Sallih ini.



1. Berat badan dan senaman.

Berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.

2. Tukar posisi.

Tidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.

3. Hadkan Alkohol.

Minum alkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan ‘collapse’ dengan lebih lagi dan memburukkan masalah berdengkur. Hadkan penggunaan alkohol (untuk penurunan berat badan).

4. Berhenti merokok.

Merokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk. Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

5. Ubat-ubatan.

Ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bercakap dengan doktor anda sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat anda kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.

6. Mengatasi masalah hidung.

Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.

7. Kenalpasti alahan.

Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda (seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya) dan seterusnya mengurangkan dengkuran.

8. Pembedahan dan CPAP machine.

Jika tiada kaedah standard yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah ke klinik telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda. Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP(Continuous Positive Airway Pressure) machine boleh dianggap sebagai jalan terakhir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen