Jika Mahu Suami Sayang, Ini 5 Teknik Yang Betul Untuk Isteri Bebel Pada Suami.

Sebagai seorang wanita, terutamanya pada golongan isteri pasti sering membebel pada suami mahupun pada anak-anak juga. Tidak sah kalau mak tak membebel ni. Akan tetapi, adakah cara bebelan tersebut hanya mengundang suami dan anak-anak Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri atau benar-benar mengikuti arahan?

Namun, apa yang sering kita lihat bebelan ibu-ibu ini tidak diendahkan, kemudian akan dilakukan berulang kali oleh suami atau anak-anak. Jadi, bebelan tersebut pun hanya kata-kata nasihat yang berulang kali juga.

Bak kata orang, biarkan isteri membebel kerana itu tandanya dirinya sihat dan beremosi. Kalau senyap, tentu ada masalah.

Tetapi jika setiap hari membebel pasti membuatkan golongan wanita ini letih, kemudian diabaikan pula.

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa bebelan tersebut seperti tidak diendahkan? Ini mungkin kerana teknik bebelan tersebut adalah salah, jadi, gunakan teknik yang betul seperti....

1. Jangan sesekali gunakan kata-kata kesat!

Apabila membebel dalam keadaan yang marah dan geram, kita sendiri tidak ketahui apakah perkataan-perkataan yang bakal muncul. Jadi, elakkan membebel ketika mood anda sedang marah. Kata-kata kesat ini mampu menghapuskan kebaikan yang pernah suami lakukan. Suami akan beranggapan dia tidak pernah membuat kebaikan pada isterinya.

Antara kata-kata kesat yang perlu dielakkan adalah..

  • Pemalas!
  • Pengotor!
  • Penganggur!

Kata-kata carutan juga amat perlu dielakkan.

2. Jangan mengungkit!

Kemudian, dalam membebel usah mengungkit kisah kesilapan 5 atau 10 tahun yang lalu. Ini akan membuatkan para suami merasakan mereka tidak pernah cuba memperbaiki diri. Secara psikologinya apabila kita sering mengungkit kisah silam, minda seseorang hanya akan fokus pada kisah silamnya sahaja terutama kesalahan yang sering dilakukan.

Ini yang akan membuatkan para suami lebih tertekan dan hilang sabar, malah mula keluar dari rumah tanpa sebab.

3. Jangan buat perbandingan!

Apabila membebel, jangan membuat perbandingan suami anda dengan pihak lain seperti jiran sebelah, kawan-kawan malah dalam ahli keluarga anda juga.

“Cuba awak tengok ayah saya tu, rajin bekerja…”

“Jadilah rajin sikit macam suami kawan saya tu, awak ni pemalas…”

“Awak tak nak ke jadi macam suami kawan saya tu, setiap hari belikan hadiah…”

Jika anda sering lakukan perbandingan, ia mendorong anda hanya melihat kebaikan pada orang lain, tetapi keburukan pada suami sahaja. Akhirnya anda seolah-olah menutup mata keburukan dan kelemahan orang tersebut.

4. Jangan buat suami salah faham!

Kata-kata kaum wanita kadang-kala akan membuat para suami salah faham kerana sering dengan bahasa kiasan. Kemudian putar belit. Ketahuilah anda bahawa minda lelaki ini ‘lurus’, maka straight to the point kalau nak membebel.

Sebagai contoh:

Isteri: “Dah lama awak tak bagi hadiah..”

Suami: “Jadi, awak nak cakap saya ni suami yang teruk lah tak bagi hadiah?”

Kalau nak makan, cakap nak makan. Nak bunga, cakap nak bunga. Nak cokelat, cakap nak cokelat. Jangan putar belit sampai suami salah faham.

5. Bila nak membebel, mulakan dengan doa Nabi Musa AS.

Memang benar, kadang-kala golongan isteri ini membebel hanya mengikut emosi dan api kemarahan sahaja. Jadi, sebelum mahu membebel, amalkan doa ini supaya dapat melapangkan dada anda ketika mahu membebel, malah supaya suami dapat menerima kata-kata anda dengan berlapang dada juga…

Allah SWT berfirman: 

(25)رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِي 

(26) وَيَسِّرْ لِى اَمْرِي

(27) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِّسَانِى

(28)يَفْقَهُوا قَوْلِى 

“Nabi Musa AS berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku;”” (Surah Taha: Ayat 25-28)

Semoga Bermanfaat Bagi Para Isteri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen