Antara Kesilapan Orang Kita Lakukan Apabila Mahu Membeli Emas.

Apabila hanya mahu mengikut cara sendiri dan tidak mahu mendengar ilmu atau nasihat dari pihak lain, pasti kita akan melakukan kesilapan. Tunjuk ajar dari yang pakar adalah amat penting dalam kita membuat sesuatu keputusan, antaranya dari segi kewangan.

Hal kewangan ini sangat luas termasuklah dalam membeli emas dimana ia dianggap sebagai ‘penyelamat’ hidup dikala kita kesusahan. Walaubagaimanapun, jangan terlalu terburu-buru membeli emas tanpa panduan yang betul, kerana banyak kesalahan yang kita akan lakukan seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

EMAS DAN KESILAPAN.

1 – Tunggu harga emas murah baru nak miliki emas.

Kalau kita ada sikap menunggu, kita bukan pelabur emas. Kenapa? Kerana penganalisis terkemuka atau pakar sekalipun tidak tahu bila harga emas akan murah. Dan murahnya seberapa murah? Bandingkan dengan apa? Pelabur emas akan beli, simpan, pantau dan tambah gram. Bukan tunggu, tunggu dan tunggu harga murah yang kita pun tidak tahu seberapa murah.

2 – Tukarkan wang hingga sehelai sepinggang dan beli emas dengan wang yang nak digunakan dalam tempoh terdekat.

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Kalau beli hari ini, nak jual bulan depan, anda akan kerugian spread. Untuk beli emas tukarkan sebahagian wang yang memang boleh dilupakan setidak-tidaknya dalam tempoh yang lebih panjang. Tempoh paling ideal adalah 5 tahun ke atas.

3 – Beli emas pelaburan di kedai emas.

Harga emas di kedai emas lebih tinggi kerana mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Lagi parah ada pula kedai yang letak syarat tidak boleh hilang resit dan jika dibuka seal, akan dianggap used gold dan spread hingga 25%. Aduh!

4 – Menganggap barang kemas sebagai emas pelaburan.

Ini lagi lah pengsan. Barang kemas perhiasan *kurang sesuai* sebagai pelaburan. Tujuan barang kemas adalah untuk display dan ditayang kecantikan nya. Maka, pembeli perlu membayar kos upah yang dimanipulasi oleh kedai emas, juga spread yang melebihi 25%.

5 – Meminjam wang untuk membeli emas.

Bukan emas sahaja. Pelaburan apa pun asasnya adalah wang lebihan atau wang peribadi. Jika hingga berhutang peribadi atau kad kredit bermakna kita merugikan diri sendiri untuk membayar balik hutang dalam tempoh tertentu sedangkan untung rugi pelaburan adalah jangka masa yang panjang.

6 – Membeli emas ‘paling murah’ tanpa mengambil kira pakej lain.

Emas yang paling murah tidak semestinya paling baik. Emas lelong di ar rahnu belum tentu menguntungkan. Penyimpan emas patut menilai kadar spread, kemudahan jaminan jualan balik, kadar upah, ketulenan dan kemudahan urusan pembelian serta lain-lain factor.

7 – Sesuka hati riang ria memajak emas tanpa sebab yang kukuh.

Ramai yang memajak emas di ar-rahnu dengan harapan beroleh keuntungan. Secara amnya teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada waktu harga emas turun mendadak dan wang pajakan diguna untuk membuat pusingan modal perniagaan.

********

Semoga Kita Bijak Dalam Membuat Keputusan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen