Para Ibu Bapa Harus Elak Lakukan 5 Perkara Ini, Jika Tidak Mahu Anak Menjadi Biadap.

Melentur Beluh Biar Daripada Rebungnya..

Begitulah dalam mendidik anak-anak pada masa kini. Tersilap sedikit, pasti akan dicontohi oleh anak-anak, kemudian dijadikan sebagai tabiat yang tidak dapat dikikis pula. Setiap perlakuan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan sentiasa diingati, dan berlegar-legar di ruangan minda mereka.

Oleh itu, amat menakutkan apabila anak-anak mula menjadi biadap dan memberontak, malah mengatakan setiap perlakuan tersebut adalah daripada ibu bapa sendiri. Jadi, jika tidak mahu anak-anak menjadi biadap dan dikhuatiri menjadi anak derhaka, para ibu bapa harus elakkan 5 perkara yang dikongsi oleh saudara Taufiq Razif ini…

********

Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Taknak Anak Jadi Biadap.

1 - Bagi gajet tanpa batasan.

  • Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
  • Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul.
  • Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah ).

2 - Bergaduh depan anak.

  • Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati.
  • Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat.

3 - Kita Selalu Abai Anak.

  • Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang 'emotional connection' dengan kita.
  • Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita.
  • Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna.
  • Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri.

4 - Marah anak secara melampau.

  • Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust.
  • Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah 'break trust' diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita.
  • Akhirnya anak jadi perenggus, suka melenting, sensitif dan keras kepala.

5 - Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak.

  • Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ ).
  • Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!

********

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen