Penting! Jangan Beri 10 Nasihat Ini Pada Rakan Yang Sedang Murung.

Apabila mempunyai rakan yang sedang murung, kita pasti mahukan hari-harinya berlalu dengan baik. Malah mahu memberi kata-kata positif dan bermotivasi supaya si dia semangat untuk bangkit. Namun, sebagai rakan yang baik, berilah nasihat berpada-pada dan jangan ungkap nasihat seperti ini…

1. “Kau kena cepat keluar daripada kemurungan ni…”

Nasihat sebegini sebenarnya tidak mendorong untuk mereka keluar cepat daripada zon kemurungan, akan tetapi punca utama mereka bertambah murung pula. Ini kerana tiada satu perkataan pun di dalam ayat tersebut yang mampu memberi motivasi pada penghidap kemurungan.

Perkataan ‘cepat’ sebenarnya membuatkan mereka rasa “Aku tak mampu nak buat dengan cepat”, tetapi ubah ayat anda kepada solusi untuk keluar daripada kemurungan seperti “Jom main badminton sama-sama”…

2. “Kau kena tau, orang kat luar sana hidup dia lagi teruk daripada kau..”

Penghidap kemurungan sebenarnya tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Mereka akan beranggapan…

“Orang lain lebih teruk? Apa kena mengena dengan hidup aku?”

Ubah ayat anda “Jom sama-sama ubah hidup jadi lebih baik…”

3. “Hidup ni memang sangat sukar dan mencabar..”

Terlalu banyak perkataan negatif dalam satu ayat ‘sukar’ dan ‘mencabar’. Nasihat sebegini memang mengeruhkan lagi keadaan, kerana mereka akan menganggap.

“Dah tau mencabar, kenapa aku kena hidup juga?”

Ubah ayat anda yang bersifat lebih empati seperti “Aku nak tau kenapa kau rasa susah?”

4. “Kau kena biasakan hidup macam ni..”

Nasihat sebegini akan membuatkan rakan anda merasakan anda akan tinggalkan dirinya berseorangan.

“Kenapa, kau nak pergi mana lepas ni?”

Ubah ayat anda yang mampu membuat mereka rasa diambil berat dan dihargai.

5. “Kau ni sensitif sangat la…”

Nasihat ini sebenarnya membuat rakan anda rasa dipersendakan malah diperkecilkan. Oleh sebab itu majoriti penghidap kemurungan malu untuk mengaku bahawa mereka sedang murung kerana ‘nasihat’ sebegini.

6. “Kau kena teruskan kehidupan juga…”

Nasihat sebegini ibarat mencurah air ke daun keladi. Bukan sahaja hidupnya tidak dapat diteruskan, malah tidak mahu berkawan dengan anda lagi kerana anda seolah-olah tidak prihatin dengan perasaannya.

7. “Cuba kau keluar berseronok daripada terperap dalam bilik ni..”

Nasihat ini pula menunjukkan anda mahu rakan anda yang sedang murung tersebut melakukan aktiviti berseorangan. Kemudian mereka juga rasakan, tiada apa yang seronok sekiranya esok pun lalui hari yang sama sahaja.

8. “Demam biasa je ni…”

Penghidap kemurungan kebiasaannya akan mengalami sakit-sakit fizikal atau simptom somatik seperti sakit kepala, migraine, sakit badan dan seumpama dengannya. Jika ini terjadi pada rakan anda, jangan terus perlekehkan dengan..

“Alaaa, makan je panadol nanti elok…”

Tetapi anda seharusnya galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan.

9. “Kau sepatutnya kena bersyukur…”

Seperti yang anda tahu, penghidap kemurungan kebiasaannya tidak hiraukan tentang perasaan orang lain. Apa yang mereka mahukan adalah tentang diri mereka sahaja, jadi berilah nasihat yang mampu melibatkan tentang dirinya dalam diri orang lain.

Seperti “Mak ayah kau, aku dengan orang lain bersyukur kau masih kuat..”

10. “Bergembiralah!”

Nasihat ini sama seperti point nombor 7, malah rakan anda akan merasakan hidup mereka terlalu teruk dan tidak berguna. Dalam diam, hati mereka seperti terguris dan menangis di bucu katil.

Oleh yang demikian, setiap nasihat anda perlu mengandungi 3 elemen ini iaitu:

  • Kata-kata yang positif dan bermotivasi
  • Tidak melibatkan dia seorang sahaja, tetapi libatkan orang ramai termasuk ahli keluarga.
  • Tiada kata-kata sindirian aau kritikan.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen