Cara Bijak Menguruskan Kewangan Ketika Menganggur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengganggur bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, di mana masalah kewangan dan keselesaan hidup akan menjadi masalah utama. Bukan itu sahaja, hendak mencari perkerjaan lain juga memerlukan wang, jadi apabila mengganggur ini pasti ia menyukarkan anda untuk bergerak mencari kerja.

Jangan bimbang, terdapat beberapa cara untuk anda menguruskan kewangan anda di saat mengganggur ini. Jangan beranggapan bahawa saat ini adalah untuk anda berehat dan menikmati masa yang ada. Ketika anda sudah tidak terikat dengan mana-mana majikan, anda perlu segera mencari perkerjaan lain.



Jadi bagaimana anda hendak menguruskan kewangan disaat ini?

1. Hentikan pengeluaran wang.

Pastikan pada ketika ini anda perlu berhenti melakukan apa-apa pengeluaran wang. Jika anda mempunyai simpnan, pastikan wang tersebut digunakan atas sebab-sebab tertentu seperti mencari perkerjaan ataupun untuk membayar keperluan anda. Tetapi jangan sesekali gunakan wang tersebut untuk pergi berhiburan atau menikmati masa lapang anda. Ia akan membuatkan wang simpanan anda habis dengan lebih cepat.



2. Masak sendiri di rumah.

Pada ketika ini, jangan sesekali anda terbayang untuk menikmati makanan di luar. Memasak di rumah adalah cara yang terbaik untuk anda berjimat di saat ini. Ini kerana, anda boleh membeli barang masakan yang berkemungkinan tahan untuk seminggu jika hendak dibandingkan makan di luar yang hanya untuk sekali makan. Tapi anda perlu ingat, masak di rumah pun pastikan ia masih amalkan penjimatan.

3. Berjimat semasa membeli keperluan.

Dengan wang yang semakin sedikit, anda perlu berjimat cermat di mana, jangan terlalu mengikut keinginan anda. Pastikan anda mendahulukan keperluan anda. Utamakan bil-bil yang sepatutnya anda jelaskan dan kemudian minyak kereta serta makanan harian anda. Jangan gunakan untuk membeli baju atau perkara yang tidak penting sama sekali.



4. Mencari kerja sambilan.

Ketika ini sememangnya sukar untuk mencari pekerjaan, maka dengan itu cuba untuk mencari kerja sambilan yang sesuai buat anda. Cara ini akan membantu anda untuk terus menyara diri bahkan membantu kewangan anda. Jangan hanya duduk sahaja sambil menanti kerja, ia akan membuatkan simpanan anda semakin menipis.

5. Buat perancangan kewangan.

Apabila anda sudah tahu bahawa kewangan anda semakin merosot, anda perlu lakukan perancangan kewangan yang lebih terperinci. Jangan lakukan sedikit pun pembaziran kerana ia akan memberi kesan dalam kewangan anda. Ingat anda perlukan wang tersebut untuk terus mencari kerja.

Perkara-perkara sebegini boleh dilakukan sekiranya anda tiada tempat bergantung untuk meminta pertolongan bahkan anda tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi itu jika anda mempunyai simpanan untuk kecemasan, jika tiada bagaimana? Itulah pentingnya simpanan disaat anda miliki perkerjaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen