“Tak Sedar Sebenarnya Dia Sedang Murung” Tanda-Tanda Rakan Anda Mengalami Kemurungan Secara Tersembunyi.

Majoriti daripada kita hanya menyangka kemurungan terjadi apabila seseorang itu sentiasa bersendirian dan tidak mahu bersosial. Namun, menurut kajian, ada juga sebilangan daripada kita sebenarnya sedang mengalami kemurungan secara tersembunyi melalui 2 kemungkinan…

  • Jika mereka sedar mereka mengalami kemurungan dan sentiasa mendapatkan rawatan, pasti ia dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan siapa-siapa termasuk sahabat baik dan ahli keluarga.
  • Mereka tidak pernah mendapatkan rawatan langsung dengan pakar, tetapi sering celaru ada murung atau pun tidak. Lama-kelamaan hanya menganggap ia penyakit biasa.

Tapi, anda boleh lihat bahawa rakan anda sebenarnya sedang mengalami kemurungan dengan…

1. Kelihatan tidak tertekan.

Kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi tentang kelakuan dan penampilan sekiranya seseorang individu mengalami kemurungan. Lazimnya, kita membayangkan penghidap kemurungan adalah seorang yang jarang keluar bilik, tidak berpakaian kemas dan kelihatan sengsara.

Namun realitinya, penghidap kemurungan tidak semuanya berkelakuan sedemikian. Setiap individu adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Ini termasuklah dari segi simptom dan keupayaan menghadapi kemurungan.

Kebanyakan penghidap kemurungan tersembunyi zahirnya dapat mengekalkan  kesihatan mental yang baik untuk melindungi diri mereka dan langsung tidak kelihatan menderita sedikit pun ini kerana mereka boleh melakukannya.

2. Kelihatan penat dan sentiasa mengadu cepat keletihan.

Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua orang dengan gangguan ini dapat berjuang dengannya, tetapi ia adalah perkara yang sangat biasa.

Begitu juga jika seseorang itu hidup dengan kemurungan yang tidak didiagnosis, punca keletihan boleh jadi mengelirukan.

Mereka dapat tidur dengan secukupnya dan bangun pagi dengan perasaan seperti mereka hanya tidur beberapa jam. Lebih teruk lagi, mereka menyalahkan diri-sendiri, percaya ia berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah.

Ini juga merupakan simptom yang sukar untuk disembunyikan kepada mereka yang telah didiagnosis kemurungan tetapi cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan kerana ia selalu memberi  kesan kepada bebanan kerja dan hubungan peribadi.

3. Sukar untuk bertindak balas kepada kasih sayang dan keprihatinan.

Pemahaman negatif mengenai kemurungan seperti yang  dibayangkan  di atas melibatkan perasaan sedih. Sebaliknya, individu yang mengalami kemurungan cenderung  untuk tidak merasai apa-apa atau hanya sebahagian dan secara ringkasnya mengalami emosi.

Ia bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengadu berasa hampir kaku dan perkara yang dekat dengan emosi yang mereka alami adalah kesedihan dan/atau kemarahan.

Oleh sebab itu, sukar bagi mereka untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada isyarat badan atau perkataan yang menunjukkan kasih sayang atau mereka hanya tidak memikirkannya lagi.

Mereka mungkin merasa jengkel atau marah dengan kita mengenai perkara ini, kerana akal mereka terlalu sukar untuk memproses dan bertindak balas kepada isyarat kasih sayang tersebut.

4. Tidak bersemangat dan kerap menolak aktiviti yang pernah mereka gemari.

Kurangnya minat dalam melakukan aktiviti dalam satu tempoh masa yang panjang boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kemurungan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, kemurungan yang sama ada melibatkan beban fizikal dan mental menjadikan perkara yang pernah mereka gemari sukar untuk dilakukan.

Aktiviti-aktiviti yang pernah mereka gemari secara umumnya akan hilang kerana kemurungan ini selalunya membuatkan ia sukar untuk dinikmati dan merasa puas.

Adakah Rakan Anda Sedang Mengalami Kemurungan Secara Tidak Sedar? Jangan Abaikan Mereka!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen