7 Idea Rak DIY Guna Bakul Ini Mampu Jimatkan Wang Poket Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila perabot semakin mahal, pasti anda memikirkan dua tiga kali untuk membeli perabot baru untuk menukar yang lama. Bukan itu sahaja, harga yang mahal tetapi ia hanya mempu bertahan dua atau tiga tahun sahaja.

Jadi apa kata kita cuba untuk menjadi lebih kreatif dengan menyediakan rak-rak dengan barangan yang murah tapi berpatutan dengan apa yang kita perlukan. Pasti ada yang pernah dengar dan lihat rak DIY yang menggunakan bakul RM 5 sahaja bukan?



Banyak yang takt ahu, rak sebegitu bukan hanya sesuai untuk rak baju sahaja tetapi ia boleh dipelbagaikan lagi. Haa, pasti teruja nak jimatkan poket masing-masing bukan?

Bahan-bahan:



i. 20 biji bakul bersaiz besar.
ii. 2 biji bersaiz kecil.
iii. 1 packet cable tie.
iv. Pisau/gunting.

Cara-caranya:

i. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.





ii. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.





iii. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.



iv. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak. Tengok dah SIAP!!





Selain daripada rak untuk baju, ia juga boleh dilakukan untuk rak lain. Seperti:

Contoh rak lain.

1. Rak buku.



2. Bangku.



3. Bakul siling.



4. Rak mainan anak.



5. Rak kasut.



6. Rak laundry.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen