3 Jenis Warna Bilik Tidur Sesuai Untuk Wanita Aktif.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tahu bahawa warna ini akan memberi sumbangan terhadap mood seharian kita. Pemilihan warna bilik yang tepat untuk seseorang individu itu akan membuat dirinya lebih ceria dan tenang. Malah ia juga membantu perubahan mood yang baik.

Bukan itu sahaja, pemilihan warna bilik juga akan mempengaruhi suasana nyaman, dan selesa di ruangan peribadi anda. Bahkan, dalam masa yang sama boleh meningkatkan lagi aura-aura positif serta maksud sikap istimewa anda yang sebenar melalui pemilihan warna.



Warna bilik tidur yang bersesuaian juga mampu membuatkan seseorang mendapatkan tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih segar dan bertenaga.



Jadi untuk wanita-wanita aktif, terdapat beberapa warna bersesuaian dengan bilik tidur anda antaranya adalah:

i. Hijau.



Hijau memberikan kesan yang segar dan sejuk. Warna sebegini sesuai buat mereka yang menyukai alam semulajadi. Penggunaan warna hijau juga dipercayai dapat membantu mengurangkan stres dan merupakan simbol kesuburan. Oleh itu, ia juga sesuai untuk dijadikan warna latar bagi bilik tidur.

ii. Biru.



Warna biru pula akan memberi kesan menenangkan serta membantu wanita-wanita ini tidur dengan lebih lena. Warna ini juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah serta membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat. Ia juga dapat mencetuskan inspirasi seseorang kerana warna biru dapat membuatkan seseorang menjadi lebih produktif serta kreatif.

iii. Ungu.



Penggunaan warna ungu gelap pada ruang akan menonjolkan rasa romantik, misteri, dan aura mewah serta sofistikated di samping mencetus ilham untuk berkarya. Sebaliknya, bilik tidur lebih sesuai dengan warna kombinasi ungu lembut kerana ia mendamaikan dan membantu anda lebih relaks. Bahkan ia juga sesuai jika dipadankan dengan pink lembut yang memberi kesan dalam mood untuk beristirahat.

Warna-warna seperti ini membantu anda lebih tenang dan sentiasa mengekalkan aura positif dalam diri anda.

Namun bagi wanita yang tidak aktif, warna sebegini tidak sesuai buat anda. Ini kerana, warna sebegini akan membuat anda semakin malas untuk melakukan aktiviti malah membuat anda selesa untuk di bilik tanpa melakukan apa-apa pun.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen