“Isteri Rehatlah Bila Ada Peluang, Suami Pula Jangan Menyindir..” Kongsi Lelaki Ini.

Menjadi isteri pada masa kini, diibaratkan seperti menjadi orang gaji. Namun, semuanya bergantung cara isteri mengatur kehidupan sendiri, malah dengan cara layanan si suami.

Isteri jangan terlalu berdikari, sehingga merasa diri seperti orang gaji…

Suami pula jangan terus menyindir isteri apabila terlihat mereka sedang ‘bergoyang kaki’…

Tanggung jawab suami isteri sama-sama berat apabila setelah memiliki cahaya mata. Dengan bertambahnya ahli baru, pasti membuatkan pasangan suami isteri menjadi tidak senang duduk, malah menjadi tertekan setiap hari. Jadi, ambil peluang untuk berehat seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini….

********

Rehat Bila Ada Peluang!

Ini yang selalu saya pesan pada isteri. Nak tunggu betul - betul lapang baru nak rehat memang susah.

Tak usah rasa bersalah !

Ada peluang rehat, rehat je. Kerja rumah tu tak lari, boleh buat kemudian. Kesihatan kena jaga, dah sakit nanti satu kerja pun tak boleh buat. Anak-anak pandai la abg uruskan.

Kadang tu kesian juga tengok isteri. Balik kerja penat ingat nak berehat, tapi sampai je rumah anak pula baru bangun tidur. Dari letih lesu tadi terus jadi bertenaga melayan anak.

Nak larang pun tak boleh sebab anak-anak memang rindu sangat ibu mereka, mau tak rindu seharian tak jumpa.

Kadang tu terpaksa juga tahan sekejap anak-anak sementara isteri mandi dan bersihkan diri. Itu pun dah terjerit - jerit terutama aisy rizqi. Suara nyaring betul!

Itu belum cerita lagi kerja - kerja rumah. Makanan tak di jamahnya, dia boleh pergi dapur siapkan bahan - bahan untuk buat bubur aisy pula. Padahal tadi cakap lapar.

Bahan - bahan bubur tu nak guna esok pagi bukan hari ini!

Ada sekali tu sampai perut masuk angin, terus tangkap sakit kepala. Terlantar satu malam tak boleh nak buat apa - apa pun. Ini yang saya cuba elakkan.

Suami sakit rumah masih macam biasa tapi kalau isteri sakit boleh berjangkit satu rumah. Huru hara di buatnya.

Nak cari baju sekolah anak tak jumpa, anak minta pensil kaler entah mana dia letak, sorang menangis sorang lagi ikut menangis. Aduh, kalau kena 2-3 malam macam tu boleh jadi giler!

Sebab itulah penting isteri kena berehat. Curi sedikit masa dari kesibukan tu untuk berehat. Tak luak pun, lepas dah rehat sambung la buat kerja.

Jaga diri sendiri ( Self-Care ) tu lebih penting daripada menjaga orang lain. Macam mana nak jaga orang lain kalau diri sendiri sakit, penat dan stress??

Para suami pula jangan duk sindir kalau nampak isteri duduk atau baring atas katil. Diorang bukan curi tulang, tapi nak luruskan tulang sebab terlalu letih seharian bekerja.

Begitulah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen