Tanda-Tanda Anda Perlu Lebih Akrab Dengan Ibu Mertua Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda telah menjadi suami atau isteri seseorang, pasti ada di antara kalian ini tidak begirtu rapat dengan keluarga mertua. Kalau jumpa baru bertegur sapa, kalau tidak berjumpa tiada bertanya khabar ataupun menelefon antara satu sama lain.

Untuk memastikan hubungan suami isteri berjalan dengan lancar, hubungan di antara keluarga mertua juga perlu berjalan dengan lancar. Ini kerana, hubungan yang ada itu akan memberi pengaruh kepada keamanan keluarga anda.

Sebagai seorang menantu, anda perlu tahu bahawa ibu bapa pasangan anda juga ibu bapa anda. Anda tidak boleh hanya menyebelahi ibu bapa anda sahaja. Ia pasti akan mendatangkan rasa dingin terhadap hubungan yang anda.



Jangan pernah rasa bahawa anda berjaya memliki anaknya, maka tidak perlu bimbang akan ibu bapanya. Ibu bapa pasangan anda mendidiknya dari kecil, maka mereka pasti akan lebih mudah mendengar segala kata dari keluarganya. Perkara sebegini lah yang menjadi punca kepada kedinginan keluarga anda.

Nak tahu bahawa hubungan anda dan mertua rapat atau tidak? Mari lihat tanda-tanda di bawah ini.

1. Apabila anda jarang diajak berbincang.

Apabila ibu mertua anda berdepan dengan dilemma, dirinya lebih mudah untuk mengajak menantunya yang lain berbincang berbanding diri anda sendiri. Ini kerana, rasa kurang yakin atau kurang selesa membuatkan dirinya bertindak sedemikian. Tidak hanya itu, biasanya perbincangan yang dilakukan itu tanpa pengetahuan anda.

2. Jarang bertanya khabar.

Jika kalian mempunyai hubungan yang rapat, pasti kalian akan saling bertanya khabar antara satu sama lain. Terutama jika sudah lama tidak berjumpa. Paling tidak kalian akan saling berhubung walaupun sekali sahaja seminggu. Jika ibu mertua anda tidak menghubungi anda atau anda sendiri tidak mempunyai usaha untuk menghubunginya, pasti kalian bukan dalam satu hubungan yang akrab.

3. Bersikap dingin.

Apabila berjumpa atau berkumpul, ibu mertua anda lebih bersifat dingin terhadap anda berbanding menantunya yang lain. Dari sini anda boleh lihat bahawa anda masih belum cukup rapat dengannya. Sikap dingin biasanya timbul apabila dirinya merasakan tidak selesa ataupun anda tidak pandai mengambil hatinya.

4. Jarang menerima ajakkan anda.

Pernah atau tidak apabila anda sentiasa mengajaknya untuk pergi ke mana-mana tetapi dirinya menolak. Tetapi apabila menantunya yang lain mengajaknya, dirinya dengan mudah untuk menerima ajakkan tersebut. Ini kerana, keserasian kalian berdua menyebabkan dirinya menolak.

5. Jarang melibatkan anda dalam acara keluarga.

Dalam banyak-banyak acara keluarga, anda adalah orang yang terakhir diundang atau mengetahui. Haaa, pelik bukan? Di sini ibu mertua anda sudah merasakan bahawa, anda tidak berada di situ juga tidak mengapa.

Jika kalian mempunyai masalah sebegini, maka segera untuk memperbaiki hubungan tersebut agar tidak berlanjutan. Ini kerana, perkara yang anda merasakan perkara biasa ini boleh menjadi racun terhadap hubungan anda dan pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen