"Allah Suka Kepada Hamba Yang Meminta KepadaNya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita mahukan dan rancang itu akan begitu mudah untuk digenggam. Baik untuk satu kehidupan yang menenangkan, untuk mencapai satu kejayaan bahkan untuk memiliki kebahagiaan. Semua perkara itu perlukan usaha, tiada satu pun yang akan datang bergolek dengan sendirinya.

Cemburu melihat kerjayaan orang lain, iri hati melihat kebahagiaan orang lain ataupun ingin memiliki kehidupan yang menyenangkan, perkara sebegini perlu dibuang dan jangan disimpan di dalam hati. Ini kerana, perkara sebegini hanya akan memberi kesan buruk sahaja kepada hati dan hidup anda.



Apabila anda cemburu atas kerjayaan orang lain, ia tidak akan membantu anda untuk berusaha atas usaha anda sendiri tetapi lebih kepada cuba untuk merampas dan ingin memiliki apa yang bukan milik anda.

Jadi jangan putus asa dahulu jika anda masih tidak capai apa yang anda mahukan. Anda perlu yakin akan setiap perjalanan yang telah diaturkan oleh Allah, kerana dia adalah sebaik-baiknya perancang.

Allah sentiasa memberi apa yang anda perlukan bukan apa yang anda mahukan. Itu sering kali kita dengar untuk memastikan bahawa diri ini sentiasa ada harapan dan tidak mudah berputus asa. Namun setelah bersabar, akhirnya masih juga tidak diberikan.

Sabar, teruskan bersabar dan teruskan berusaha. Allah akan memberi anda sesuatu itu apabila tiba masanya. Mungkin apabila anda memilikinya sekarang, perkara itu tidak bagus untuk anda. Bahkan mungkin juga bila anda memiliki apa yang anda mahukan, anda akan lupa kepadaNya. Jadi diriNya mahukan anda terus meminta dan memohon kepadaNya.


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah : 186)


Apabila anda sentiasa berusaha dapatkan apa yang anda mahu, maka apabila anda memiliki perkara tersebut anda akan lebih bersyukur serta lebih puas dengannya. Bahkan anda juga tidak mudah untuk mempersiakan perkara tersebut.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen