Terlalu Bahagia Punca Berat Badan Naik? Eh Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin, masing-masing berlumba-lumba untuk menjaga badan, diet lah, rajin bersenam lah dan apa-apa sahaja untuk memastikan berat badan ideal apabila naik pelamin nanti. Bukan itu sahaja, ketika masih belum berkahwin, masa itulah nak pasang badan agar kelihatan lebih menarik apabila dipandang.

Selepas berkahwin, lain pula jadinya. Ada orang kata bahagia sangat selepas berkahwin, itu sebab berat badan bertambah. Namun adakah perkara ini sekadar hanya mahu sedapkan hati atau sebaiknya.



Punca-punca berat badan bertambah selepas berkahwin

Ramai mengatakan berat badan akan bertambah selepas berkahwin kerana bahagia bersama pasangan melayari bahtera rumahtangga. Ya, ini adalah benar. Namun begitu, terdapat punca yang lebih spesifik dan dapat dijelaskan oleh sains. Berikut merupakan punca-puncanya:

1. Tiada masa untuk aktiviti fizikal.

Semasa zaman bujang, anda mungkin masih memiliki masa senggang yang boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersenam atau bersukan. Selepas berkahwin, masa senggang ini tidak lagi digunakan untuk aktiviti fizikal kerana anda mungkin sibuk menghabiskan masa dengan pasangan melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh pasangan yang sedang mabuk cinta seperti menonton wayang, bersiar-siar di taman bunga bahkan makan di restoran bersuasana romantis! Sebaiknya, anda dan pasangan perlu menyeimbangkan kehidupan romantis anda dengan aktiviti fizikal agar rumahtangga kekal bahagia dan sihat.

2. Emosi tidak stabil.

Dalam kehidupan berumah tangga, pasangan tidak akan dapat lari daripada pelbagai jenis konflik dan masalah. Daripada konflik dan masalah itu kemudiannya akan lahir pelbagai emosi yang negatif antaranya stres, cemburu, dan kecewa. Kebanyakan individu terutamanya wanita cenderung untuk makan bagi mengubati perasaan mereka yang sedang terluka. Ini hanya akan menjejaskan berat dan bentuk badan mereka sekaligus menyebabkan pasangan mula hilang minat untuk bersama anda. Disebabkan itu, proses ini akan berulang selagi anda masih tidak menyedari kelakuan itu akan menyebabkan kerugian kepada anda dan pasangan.

3. Kehamilan.

Ini merupakan punca yang sukar untuk dielakkan kerana setiap pasangan mendambakan cahaya mata yang comel untuk memeriahkan rumahtangga mereka. Ketika hamil, kebanyakan wanita cenderung untuk mempunyai selera yang tinggi atau mengidam. Bukan sahaja wanita, lelaki juga akan lebih kerap makan untuk menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh isterinya lalu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami pertambahan berat badan.

4. Tidak suka akan pembaziran.

Kos sara hidup kini sangat tinggi dan pembaziran adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan. Kebanyakan individu yang sudah berkeluarga sama ada sudah mempunyai anak atau belum sangat benci akan pembaziran. Ini menyebabkan mereka saling menghabiskan makanan sesama ahli keluarga mereka. Akibatnya, berat badan dalam kalangan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa akan mengalami pertambahan.

5. Isteri ingin memenuhi selera suami.

“Ambil hati suami, mula dari perutnya”. Ungkapan ini seringkali diujarkan untuk memberi pesanan kepada isteri agar sentiasa memenuhi selera suami agar kebahagiaan dapat dicapai. Disebabkan itu, para isteri gemar memasak pelbagai jenis hidangan demi memenuhi selera suami mereka begitu juga sebaliknya. Akibatnya, berat badan pasangan suami dan juga isteri akan mula bertambah.

6. Keselesaan dan kepastian buat badan naik.

Sebelum berkahwin, kebanyakan individu terutamanya wanita sangat mementingkan bentuk badan mereka dalam usaha menarik perhatian bakal pasangan mereka. Namun begitu, semua ini akan berubah selepas berkahwin kerana mereka sudah mula berasa selesa dan pasti dengan kedudukan mereka yang sudah tidak akan terancam. Ini membuatkan mereka semakin malas untuk kelihatan menarik di hadapan pasangan bahkan mula makan tanpa sebarang had kerana mereka tidak lagi peduli akan berat badan mereka.

Isu pertambahan berat badan selepas perkahwinan sebenarnya merupakan isu yang perlu diberi perhatian. Ini kerana berat badan yang tidak ideal bukan sahaja akan menyebabkan anda tidak lagi kelihatan menarik di hadapan pasangan, ia juga akan menyumbang kepada pelbagai kondisi kesihatan seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi. Sebaiknya, sentiasa peka dan waspada terhadap berat badan anda walaupun selepas berkahwin bagi menjamin hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen