“Rezeki Bukan Bermaksud Kita Dapat Apa Yang Kita Mahu, Tetapi Menerima Pemberian Dari-Nya” – Ustaz Iqbal Zain-

Secara asasnya rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, namun ramai dikalangan kita hanya menganggap rezeki itu adalah dari segi kebendaan sahaja. Apabila terlalu mengharap kebendaan yang sementara ini, maka ramailah yang kecewa…

Kecewa ketika tidak bergaji besar…

Kecewa ketika tidak memiliki rumah besar…

Kecewa tidak dapat berkahwin dengan insan yang memiliki harta yang banyak…

Dan sentiasa kecewa.

Apabila kita tahu maksud rezeki yang sebenar, pasti dikalangan kita tidak akan sering mengadu dan mengeluh ketika mengalami situasi di atas. Dan apabila kita mengetahui bahawa rezeki itu dimana kita berterima dan bersyukur dengan pemberian dari Allah SWT, pasti kita tidak akan sering kecewa seperti perkongsian dari Ustaz Iqbal Zain ini…

********

APA MAKNA "REZEKI"?

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga.

Mudah dapat pahala.

Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki.

Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.

Jadi...

"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen