Baru Kahwin, Tetapi Sebagai Anak Lelaki Jangan Lupa 5 Tanggung Jawab Ini Kepada Ibu Bapa.

Walaupun sudah berkahwin, tanggung jawab sebagai seorang anak masih lagi tidak putus. Jangan terlalu pentingkan pasangan kerana baru sahaja berkahwin, sehingga terabai ibu bapa. Ibu bapa pasti tidak kisah kerana anda berada dalam fasa berbulan madu. Berbulan madu bukannya tiket untuk terus lupakan kedua ibu bapa. Sekurang-kurangnya balik ke kampung halaman untuk melepaskan kerinduan.

Pada golongan isteri juga, bantulah suami untuk jadi anak lelaki yang terbaik, kerana ia bakal membuatkan dirinya menjadi pemimpin keluarga yang baik kelak.

1. Berbakti kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka.

Sebagai anak lelaki yang telah berkahwin, jangan lupa untuk menjadi contoh yang baik untuk isteri dan anak-anak dengan berbakti kepada kedua ibu bapa anda sehingga akhir hayat mereka. Inginkan anak kecil lelaki menjadi suami dan bapa yang baik, ia perlu dimulakan dengan anda dengan memberi khidmat yang terbaik pada ibu bapa.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan seorang yang berbakti kepada kedua orangtuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka.” (Maryam: 14)

2. Menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati.

Seperti mana syurga seorang anak lelaki di bawah telapak kaki ibunya, begitulah kasih sayang yang perlu dipamerkan. Berikan kasih sayang dengan sepenuh hati walaupun anda sudah berkahwin. Jangan berbelah bahagi antara isteri dan ibu bapa.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa': 24)

3. Menjaga ibu bapa yang sakit dan sudah uzur.

Tanggung jawab anak lelaki kepada kedua ibu bapa yang seterusnya ialah menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur akibat usia tua. Jika sewaktu anda kecil, mereka berdua yang menjaga anda dengan penuh kasih sayang, kini tiba masanya untuk anda menjaga mereka di saat mereka tidak lagi berdaya untuk menjaga diri sendiri.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman: 14)

4. Memberikan bantuan kewangan kepada ibu bapa yang memerlukan.

Kadang-kala ibu bapa yang sudah lanjut usia akan mengalami kesempitan wang dan juga kehidupan. Namun, mereka tidak akan meminta apa-apa daripada anaknya kerana tahu anak lelakinya juga perlu memberi nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Akan tetapi, sebagai anak lelaki perlu sentiasa sedar bahawa untuk sentiasa meringankan beban ibu bapa, dengan membantu dari segi kewangan juga.

Diriwayatkan bahawa Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW,

“Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?”

Rasulullah SAW menjawab, “Suaminya.” (apabila sudah menikah).

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?”

Rasulullah menjawab, “Ibunya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

5. Memudahkan ibu bapa melakukan ibadah.

Kemudian, mudahkan kedua ibu bapa anda untuk melakukan ibadah. Jika bapa sering ke surau, belikan motor ataupun kereta demi keselamatan. Sediakan juga ruang yang selesa untuk ibu dan bapa beribadat. Belikan sejadah baru, telekung baru, Al-Qur’an baru sekiranya melihat semua sudah lusuh.

Rajin-rajin pantau keadaan ibu bapa beribadah.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen