Suami Isteri Saling Berkerjasama Dan Tahu Tanggungjawab, Pasti Akan Bahagia Rumah Tangganya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai yang tahu akan resipi pengikat kasih yang ini. Cuma yang membezakannya adalah tidak ramai yang mahu melakukannya. Saling berkerjasama dalam rumah tangga sememangnya mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Malah lebih banyak masa isteri akan tumpukan kepada suaminya jika suami sudi menguruskan rumah bersama.

Tidak ramai lelaki yang rela hati menghulurkan bantuan untuk meringankan beban isteri jika ia melibatkan kerja rumah ini. Namun begitu, si isteri perlulah meminta bantuan suami sekiranya sudah tidak larat untuk menguruskan bersendirian.



Cara nak minta bantuan juga memainkan peranan penting. Janganlah anda meminta bantuan dengan cara memerli atau menggunakan nada yang keras. Cuba anda guna kaedah yang telah dikongsi oleh Ustaz Farid Rashidi ini. Pasti suami-suami akan segera lakukan tugasan tersebut.

Nak suruh suami bantu buat kerja-kerja rumah, minta dia bantu dengan kata-kata pujian dulu. Macam ibu nak minta tolong anak lelakinya buat kerja. Haa, macam itulah suami pun.


"Abang yang hensem lagi gagah perkasa, boleh tak tolong sayang angkat baju tu? Nak jemurlah." Pinta isteri.

Apa lagi, si suami dengan kepoweran yang ada, dia akan angkat baju. Bukan setakat baju sebakul, mesin basuh, peti ais dan almari pun dia mampu angkat waktu itu.

Pantang larang sesetengah lelaki, elakkan puji lelaki lain kalau nak suruh sesuatu.

"Ish, rajin betul pak mat tu tolong isterinya. Tengoklah, semua kerja dia tolong."

Bahaya. Bahaya. Silap-silap haribulan pak mat yang tak bersalah jadi mangsa keadaan.

Baik, begitulah resam di dalam rumahtangga. Apabila si suami dan isteri saling bekerjasama, tahu tanggungjawab dan faham memahami, InsyaAllah pasti membawa bahagia. Till Jannah kata orang kampung saya.

Sebenarnya tugasan seharian di rumah adalah tugasan bersama suami dan isteri.


عَنِ الْأَسْوَدِ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَة ، مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : " كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah r.anha: Apa yang Rasulullah SAW lakukan di rumahnya? Beliau menjawab: Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat.
[Riwayat Al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 638]


Tapi kalau suami bantu isteri buat kerja-kerja rumah tanpa disuruh. Itu memang awesomelah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen