“Jom Makan Kat Luar..” Antara Maksud Tersirat Suami Isteri Perlu Tahu.

Persoalan yang sering menjadi masalah dikalangan kita adalah “Nak makan kat mana?” atau “Nak makan apa?”. Persoalan ini bukan sahaja terjadi pada mereka dikalangan yang masih single, malah ianya tetap terjadi pada mereka yang sudah berkahwin juga. Namun sedemikian, setiap persoalan pasti ada maksud tersirat pada pasangan suami dan isteri.

Si suami mempunyai bahasa tersirat.

Si isteri pula sering dengan bahasa kiasan.

Di samping itu, apabila diajak makan di luar pasti pasangan akan berasa gembira, bukan sahaja sebab dapat makan di restoran, tetapi boleh dating dengan pasangan seperti pada waktu bercinta dahulu.

Akan tetapi apakah maksud tersirat sekiranya pasangan mula mengatakan “Jom makan kat luar..”

1. Nak tukar selera.

Apabila isteri atau suami anda secara tiba-tiba mengajak anda untuk makan di luar, ia bermaksud untuk tukar selera pula. Jika isteri merasakan suami yang mengajak makan luar, jangan pula menganggap masakan anda tidak sedap dan mula menyalahkan suami. Kemudian bermula pergaduhan, merajuk, suami yang kena pujuk pula.

Jadi, jangan terlalu emosi sekiranya pasangan ajak makan di luar kerana ingin tukar selera sahaja, tiada niat lain.

2. Dah bosan nak masak.

Kadang-kala apabila setiap hari pasangan masak di rumah, pasti sudah mula berasa bosan. Seolah-olah mahu berehat sebentar. Jika pasangan mula menjawab “Dah bosan nak masak..” jangan mudah melenting kerana ada dua kemungkinan:

  • Anda tidak selalu tolong pasangan di dapur sama ada sesi potong-memotong bawang, malah tidak tolong untuk membasuh pinggan.
  • Anda tidak tolong untuk memberi resepi baru, asyik pasangan je nak kena fikir masak apa setiap hari. Jika nak pasangan masak, kita pun perlu tolong untuk memberi antara menu yang berlainan setiap hari, barulah semangat nak masak!

3. Nak lihat panaroma di luar rumah pada waktu malam.

Sebenarnya tiada apa maksud tersirat sangat, cuma dah bosan duduk dalam rumah. Lebih-lebih lagi ketika makan malam, kemudian waktu siang pula sibuk bekerja. Sudah pasti mahu kelainan pula ketika makan pada waktu malam.

Bahasa paling mudah mahu berjalan-jalan menghirup udara malam sambil lihat lampu di kota raya.

4. Kasihan lihat pasangan penat.

Tak lain tak bukan adalah kerana kasihan melihat pasangan pulang sahaja dari pejabat perlu masak untuk keluarga pula. Jadi, teman anda sebenarnya mahukan anda berehat dan jika makan diluar tidak perlu untuk basuh pinggan dan seumpama dengannya.

Sekiranya suami anda yang mengajak makan di luar ketika ini, si isteri jangan la berdolak dalik dan mempersoalkan pelbagai andaian…

Ikut sahaja suami, dan hargai mereka ketika mengetahui bahawa anda penat menguruskan keluarga.

5. Nak belanja.

Jawapan yang paling tipikal adalah mahu belanja pasangan kerana sudah bersusah payah untuk keluarga. Reward kepada keluarga supaya hubungan bertambah erat. Jadi tidak perlu banyak alasan sekiranya pasangan mengajak keluar makan, dan jangan tiba-tiba tiada mood pula kerana ia bakal membuat pasangan mengungkit.

Isteri perlu gembira dan terus jawab “Bestnya makan luar, jom!”, jangan tiada mood pula.

Suami pula perlu terus pergi ke destinasi restiran tersebut.

Jika asyik bertanya “Nak makan kat mana?” “Ikut suka awak..” mood isteri bakal berubah.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen