Bila Ibu Asyik Tanya Bila Nak Kahwin? Ini Cara Menghadapinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan adalah keputusan peribadi, tetapi ia akan mudah menjadi satu hak yang diganggu malah lebih ke arah paksaan apabila ahli keluarga sering sahaja persoalkan “bila hendak berkahwin?” “bila nak bawa pasangan ke rumah?” atau kenyataan seperti “jangan jual mahal sangat nanti tiada yang mahu”.

Jadi pertanyaan ini akan sering memberikan tekanan buat mereka yang yang masih tidak mendapat bayang mengenai jodoh mereka. Malah ia akan membuat seseorang itu keliru, serta tertekan untuk memikirkan perkara ini.

Ramai yang bingung bagaimana untuk berdepan dengan perkara sebegini? Hal ini kerana, ditakuti sekiranya perbuatannya itu akan membuat dirinya seolah melawan ahli keluarga yang lain terutama ibu bapa.



Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu masih belum berkahwin. mungkin anda di antara kalian masih lagi sedang mencari calon jodoh, ada yang mungkin belum bersedia ataupun ada yang mahu fokus kepada kerjaya dahulu. Semuanya bergantung kepada keputusan anda.

Namun perkara sebegini tidak difikirkan oleh ahli keluarga anda atau mereka yang bertanya. Perkara ini yang membuat anda tidak tahu bagaimana hendak menepis setiap persoalan mereka. Mungkin beberapa perkara ini membantu anda untuk menepis soalan sebegini.

1. Menjawab secara bersahaja.

Jangan terlalu serius apabila mendapat soalan sebegini, cuba anda berfikir lebih tenang malah menjawab secara bersahaja apabila menerima soalan sebegini. Fikirkan bahawa mereka ini hanya bimbang akan masa depan anda sahaja.

Pada permulaannya anda mungkin agak kekok tapi lama kelamaan anda akan menjadi kebal dan tidak lagi sensitif.

Anda mungkin boleh cuba balas dengan pertanyaan seperti, “mak ada calon?” ataupun anda juga oleh guna jawapan seperti “tunggu putra idaman masuk meminang”. Jawapan yang yang tidak begitu serius ini akan mengurangkan rasa tekanan yang dirasai oleh anda.

2. Jujur mengapa anda belum berkahwin.

Jika anda merasakan bahawa gurauan anda yang tadi tidak berkesan malah ibu bapa anda kelihatan lebih serius, cuba untuk lebih berhati-hati dalam memberi jawapan anda kepadanya. Cuba untuk berterus terang mengapa anda masih belum mahu berkahwin.

Biasanya ibu bapa terlalu bimbang mengapa anak mereka masih lagi belum berkahwin kerana ditakuti menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja, persoalan sebegini biasanya adalah kunci untuk mengetahui masalah anda untuk tidak berkahwin lagi. Jadi jujur sahaja terhadap ibu bapa anda.

Jangan takut memberitahu kejujuran akan masalah kewangan, sedang berusaha akan kerjaya, ataupun masih lagi mencari seseorang yang sesuai. Jangan terlalu tertekan dengan soalan sebegini. Ibu bapa pasti faham jika anda jujur dengan mereka dan mereka juga tidak akan memaksa.

3. Alihkan perbualan.

Sekiranya kedua-dua kaedah tidak berfungsi, anda harus menukar perbualan apabila ia bermula dengan topik perkahwinan . Anda mempunyai hak untuk tidak memberikan jawapan dan mengalihkannya apabila anda sudah bosan dengan pertanyaan ini.

Jangan membebankan diri dengan memikirkan pertanyaan perkahwinan yang datang dari keluarga anda. Ia adalah anda yang mempunyai kuasa ke atas keputusan yang akan anda lakukan dalam kehidupan termasuk perkahwinan. Tidak ada peraturan yang berkahwin mesti cepat tapi berkahwin bila anda merasa sudah bersedia untuk menerimanya.

Jadi jangan risau cuba untuk bertenang dan senyum sahaja apabila dapat soalan sebegini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen