Kulit Bermasalah Dan Berjerawat? Mari Ketahui Simptom Dan Cara Penjagaannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengalami masalah kulit sememangnya membuat seseorang itu kurang berasa kurang yakin terhadap diri sendiri. Sehinggakan ada yang malu untuk menonjolkan diri dengan orang ramai. Tidak cukup dengan itu, ia juga sentiasa membuat seseorang itu lebih mendiamkan diri.

Apabila berdepan dengan perkara ini, masalah untuk memulihkannya agak sedikit sukar dan mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan. Sehingga anda yang berputus asa untuk meneruskan usaha itu. Tidak hanya itu, lebih banyak duit yang dilaburkan ke arah itu.



Banyak petua dan saranan orang telah diikuti, namun hasilnya masih lagi sama. Apa kata kita ketahui dahulu akan simptom-simptomnya.



Tanda-tanda dan simptom kulit bermasalah selalunya berbeza, bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi:

i. Bintik putih – liang pori tertutup

ii. Bintik hitam – liang pori terbuka

iii. Papule – benjolan kecil, merah

iv. Pustule – jerawat kecil yang mempunyai nanah pada hujungnya

v. Nodul – benjolan pejal, menyakitkan di bawah permukaan kulit

vi. Cyst – benjolan besar, bengkak, penuh nanah di bawah permukaan kulit dan menyakitkan

Apakah puncanya?



Secara umumnya, kulit bermasalah boleh berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan kekotoran, minyak, kulit mati dan bakteria. Setiap liang pada kulit merupakan folikel terbuka – terdiri daripada rambut dan kelenjar sebaceous (minyak).

Kelenjar minyak akan mengeluarkan sebum (minyak), yang melalui rambut untuk keluar dari liang pori dan berada pada kulit. Sebum ini yang mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Dan kulit bermasalah boleh berlaku apabila muncul 1 atau lebih masalah dalam proses ini. Ia boleh berlaku apabila:

i. Minyak yang dihasilkan folikel terlalu banyak

ii. Sel-sel kulit mati terkumpul pada liang pori

iii. Bakteria merebak pada liang pori

Terdapat pelbagai jenis rawatan boleh digunakan untuk merawat masalah kulit tetapi keadaan kulit yang bermasalah mungkin akan kekal untuk tempoh yang lebih lama. Bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi, ia boleh menyebabkan gangguan emosi dan wujudnya parut pada kulit.

Cara penjagaan kulit bermasalah

Mempunyai kulit bermasalah memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Bukan semua perkara boleh dilakukan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan kulit anda menjadi bertambah teruk.

Lakukan:



1. Ais

Jika anda mengalami jerawat bengkak, gunakan ais untuk meredakan bengkak. Letakkan ais pada jerawat untuk tempoh lebih kurang seminit, secara perlahan-lahan. Ia mungkin tidak berkesan kepada semua individu, tetapi tiada salah untuk mencuba. Tetapi elakkan untuk meletakkan ais untuk tempoh yang lama kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

2. Krim berasaskan sulfur

Gunakan ubat yang mengandungi benzoyl perosida atau sulfur dan resorcinol yang boleh mengurangkan masalah kulit anda. Ia mungkin memakan sedikit masa sebelum anda dapat melihat hasilnya.

Rawatan kulit bermasalah mungkin mengakibatkan kulit menjadi kering atau kerengsaan. Dapatkan pemeriksaan dengan pakar dermatologi sebelum mencampurkan penggunaan produk.

3. Minyak Tea Tree

Ia boleh membunuh bakteria. Sesetengah individu menggunakannya untuk merawat kerengsaan kulit kecil, termasuk kulit bermasalah. Walaupun tidak banyak kajian untuk membuktikan kesahihannya, namun, minyak tea tree dikatakan selamat untuk digunakan kepada kulit. Tetapi, adalah yang terbaik untuk mencubanya terlebih dahulu pada bahagian kecil untuk memastikan anda tidak mempunyai reaksi alahan.

Elakkan untuk:

1. Memicit

Merupakan satu tabiat yang buruk. Jika timbul keinginan untuk memicit jerawat atau bintik putih, sebaiknya, elakkan. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan anda terdedah kepada jangkitan dan parut.



2. Ubat gigi

Walaupun terdapat kandungan dalam ubat gigi dapat mengeringkan jerawat anda, tetapi ia boleh mencetuskan masalah kulit yang lain. Memburukkan keadaan, kandungan fluorida dan bahan pemutih gigi boleh menyebabkan reaksi alahan apabila digunakan pada kulit.

3. Aspirin

Anda mungkin terbaca mengenai tip menggunakan aspirin (ubat tahan sakit) yang dihancurkan. Aspirin berkait dengan asid salisilik, bahan khusus untuk ubatan merawat kulit bermasalah. Tetapi ia merupakan produk khusus yang dibuat untuk kegunaan pada kulit. Sedangkan penggunaan aspirin mungkin akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.

4. Rawatan muka

Walaupun rawatan muka, pengelupasan kimia ringan dan rawatan spa dapat memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah, namun ia memerlukan masa untuk menampakkan hasilnya. Untuk tempoh jangka masa pendek, anda mungkin mengalami kerengsaan, dan ia tidak sesuai sekiranya anda menginginkan hasil dalam masa yang singkat.

Sekiranya anda perlu hadir ke majlis atau acara penting, sebaiknya anda lakukan rawatan muka beberapa minggu lebih awal dari tarikh acara.

Jika merasakan kulit anda bermasalah, anda haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor, pakar kulit atau dematologi seberapa awal yang mungkin, kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk berdepan dengan masalah kulit yang lebih teruk.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen