Ada Masalah Dengan Kedua Ibu Bapa? Anak-Anak Muda Tidak Sepatutnya Mudah Melenting Dengan Ikuti 4 Cara Ini.

Sudah lumrah dalam hubungan kekeluargaan, pasti ada masalah atau konflik yang berlaku. Jika bukan antara pasangan suami isteri, sudah tentu antara anak-anak dan kedua ibu bapa. Anak-anak yang semakin membesar dan mengalami perubahan hormon, dilihat sering memberontak dan ingin melakukan apa jua perkara mengikut telunjuknya sahaja.

Situasi ini yang menyebabkan anak-anak mudah melenting, marah, merajuk, tunjuk perasaan, membaling barang dan seumpama dengannya.

Anak-anak ketika di usia remaja sepatutnya perlu bijak mencari sahabat supata tidak dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara yang buruk di belakang ibu bapa, malah anak-anak muda juga harus…

1. Ketahui ibu bapa juga tertekan dengan kehidupan.

Sudah sedia maklum, setiap anak-anak muda pasti mengetahui kedua ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk satu keluarga. Kehidupan orang dewasa yang penuh dengan komitmen sebenarnya lebih tertekan berbanding anak remaja yang tiada tanggungan. Jika anak seorang masih boleh diuruskan lagi, sekiranya mempunyai adik-beradik yang ramai pasti pelbagai kerenah ibu bapa mahu uruskan.

Oleh kerana itu sering kita lihat, ibu mudah menjadi tertekan. Tapi hanya kerana anak-anak, hati mereka mudah berlembut hati. Tidakkah anak-anak patut berasa bersyukur?

2. Jauhi kawan-kawan yang dapat mempengaruhi anda membuat perkara jahat.

Anak-anak mudah melenting dan memberontak kerana mudah terpengaruh dengan kehidupan rakan sebaya. Berkemungkinan melihat gaya hidup rakan sebaya yang lebih senang dan kaya, kemudian melihat rakan-rakan memiliki ibu bapa yang lebih sporting, tidak kisah keluar sehingga lewat malam, tidak kisah anak-anak berdating.

Ini disebabkan setiap ibu bapa mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Dan hanya ibu bapa yang tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, jangan menyuruh ibu bapa anda untuk menjadi seperti ibu bapa yang lain.

Sekiranya ibu bapa gemar membandingkan diri kita dengan anak orang lain yang lebih cemerlang, pasti kita tidak suka, kan?

3. Jangan aibkan ibu bapa kepada sahabat-sahabat.

Apabila mempunyai masalah dengan kedua ibu bapa, atau pun bergaduh dengan mereka di rumah. Jangan sesekali mengaibkan ibu bapa kepada sahabat kerana ia perbuatan yang tidak sihat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh anak-anak. Jangan hanya mengikut kemarahan, sanggup malukan kedua ibu bapa kepada sahabat.

“Entah lah, mak ayah aku tak pandai jaga aku…”

4. Jangan melawan, tetapi dengar kata-kata mereka dahulu.

Sebagai anak muda yang mudah memberontak kerana jiwa mudanya yang sentiasa panas, anda seharusnya dengar sahaja kata-kata kedua ibu bapa dan bukannya melawan. Sekiranya anda semakin melawan, sudah pasti semakin meningkat api kemarahan kedua ibu bapa anda. Jadilah air ketika ibu bapa menjadi api.

Walaupun dalam hati sedang mendidih, namun jika anda tidak melawan pasti ibu bapa akan berhenti berkata-kata juga. Oleh yang demikian, tarik nafas panjang-panjang, dan Jangan Kerana Mulut Badan Binasa.

Semoga Bermanfaat Dan Cepat-Cepat Minta Maaf Pada Kedua Ibu Bapa Anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen