5 Cara Untuk Mendapatkan Gambar Yang Cantik Ketika Melancong.

Pada mereka yang suka melancong, antara misi utama anda pasti ingin mengambil gambar pemandangan yang cantik. Individu seperti ini seolah-olah tidak kisah dan sanggup menjadi backpackers hanya mahu explore negara asing sahaja termasuklah untuk mengambil gambar makanan juga. Gambar-gambar yang cantik akan dijadikan memori yang terindah kerana tidak semua dapat pengalaman seperti berikut.

Jadi, kepada mereka yang inginkan gambar yang cantik ketika pergi ke tempat-tempat yang menarik adalah seperti:

1. Perlu ketahui apa yang anda inginkan.

Sebelum anda melancong, pasti anda sudah melihat antara tempat-tempat yang anda bakal pergi, kan? Jadi, dari sini merancang lah gambar seperti mana yang anda inginkan. Namun, anda juga perlu mencari keunikan dan keistimewaan tersendiri dalam setiap gambar yang anda mahu pamerkan pada sosial media. Tidak lah orang bosan melihatnya.

Seperti gaya-gaya bebas, gaya melompat, candid dan sebagainya.

2. Mencari sumber inspirasi.

Anda juga boleh mencari beberapa sumber inspirasi di mana-mana platfotm sosial media seperti Instagram dan Pinterest. Dapatkan idea daripada sumber ini, dan tunjukkan kelebihan anda dalam malakar kreativiti anda sendiri. Inspirasi yang anda boleh dapat adalah, angle yang mampu mempamerkan kekuatan gambar tersebut seperti Gunung Kinabalu.

Malah, anda boleh mencari ton warna yang sesuai dengan gambar tersebut.

3. Jangan malu menggunakan tongkat selfie.

Ketika melancong, memang ramai dikalangan pelancong yang gemar mengambil gambar. Jadi, ketika dan saat ini anda jangan pula tiba-tiba terasa malu untuk menggunakan tongkat selfie berseorangan atau bersama rakan-rakan anda. Jika mahukan gambar yang cantik, jangan malu pula!

Gunakan kesempatan ini untuk mengambil pelbagai gambar mengikut angle yang anda inginkan.

4. Jangan lupa bawa tripod.

Perkakas yang paling penting untuk para pelancong adalah tripod, sekiranya segan untuk meminta bantuan daripada orang asing. Ini lah kegunaan tripod apabila anda melancong terutamanya berseorangan. Segelintir daripada kita tidak suka sekiranya gambar pemandangan ada wajahnya sendiri, namun pasti ada sebahagian mahu dirinya di dalam potret gambar tersebut.

Tongkat selfie kadang-kala tidak mampu memberikan angle yang memuaskan hati anda, jadi gunakan tripod!

5. Minta bantuan.

Dan alternatif yang terbaik adalah dengan meminta bantuan daripada rakan, ahli keluarga atau orang asing. Kadang-kala, pasti anda merasakan “Gambar yang aku ambik semuanya cantik, tapi suruh orang lain, jadi tak cantik…”

Disinilah anda perlu ada kesabaran yang tinggi untuk mengajar mereka mengambil pada angle yang bersesuaian. Sediakan kamera anda pada angle yang anda rasa memuaskan hati, kemudian panggil seseorang untuk pegang kamera pada kondisi tersebut tanpa bergerak. Cubalah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen