"Ibu Ini Wajibkan Anak-Anak Pakai Baju Sedondon Ketika Di Tempat Awam, Memang Mudah Nak Kenal Anak Dari Jauh."

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika sekali imbas pasti orang akan fikirkan mereka ini baru pulang dari lakukan persembahan. Yelah, biasanya mereka yang memakai baju yang sedondon ini begitu mudah untuk menjadi tumpuan orang ramai.

Biasanya, baju-baju sedondon ini kita lihat di musim perayaan atau di majlis perkahwinan sahaja. Tetapi berlainan benar dengan keluarga Puan Sarah Saifuddin ini. Beliau yang mempunyai 5 orang anak lelaki mengenakan baju sedondon ke mana sahaja. Sudah pastilah dirinya mempunyai tujuan dan sebab tersendiri mengapa lakukan perkara tersebut. Mari ikuti kisahnya.



Setiap kali ke tempat yg crowded dan ramai orang, Tak kira kenduri, supermarket, kedai buku. Saya wajibkan anak-anak berpakaian sama warna.



Kenapa?

Ini tips dari saya untuk ibu anak ramai.

Dalam kesibukan ramai, Jangan sampai hilang anak dari pandangan mata.

Cara mudah, baju sama mudah untuk ibu mengira bilangan anak.

Bila anak dah masuk 6 orang ni, Urat saya dah banyak putus. Saya tak panggil nama anak dah.

Maka otak saya automatik set,

" 1.., 2.., 3.., 4.., 5!. Ok cukup 5 anak belaka."

Dulu husband saya gelak mulanya.

Mana taknya, dgn jari sekali bergerak kira anak. Haha

Dia cakap kena panggil nama anak.

Tapi sekarang, baru husband faham. Sebab dia sendiri bila naik kereta, ayat wajib ditanya semua,

"Cukup tak anak ayah ni? Ada sesiapa tertinggal tak."

See.


Dan jangan pelik adakala husband pun pakai baju sama.

Senang umi nak cam dalam ramai orang, Mana bapa hensem ni. Hahaha.

Lagi best, kadang tengah kalut cari anak tak cukup sorang, ada parent lain tolong jagakan anak kita.
Bila mak duk cari mana anak, selalu ada yg menyampuk,

"Tu dia sorang lagi!" Hehe..

Tetapi dalam masa sama,



Ada satu tips juga membantu bila baju semua sama.

Sesama diorang kalau hilang pun, Diorang nampak baju yg sama dari jauh!

Tips pakai gelang tali kat tangan tu memang terbaik.

Saya suka.

Malangnya saya tak dapat follow sepenuhnya.

Bayangkan 5 anak nak ikat di 2 tangan ibu.

Silap haribulan umi yang terduduk kat tengah. Hehe.

Tapi saya percaya, ramai parent luar sana yg ada tips lagi hebat.

Jomlah kita share.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen