Siapa Kata Sambut Hari Jadi Berseorangan Membosankan? Jom Ikuti Beberapa Aktiviti Ini.

Pada mereka yang masih single, tiada pasangan, malah tidak suka pula orang mengetahui tarikh hari jadi anda, pasti anda merasakan ia hari yang membosankan. Malah ianya juga hari yang sama seperti hari-hari biasa. Tiada yang menarik, tiada yang special, umur pula semakin meningkat dan kena bekerja seperti biasa pula.

Ubah gaya hidup dan gaya pemikiran anda bahawa sambut birthday sorang-sorang pun okay, tiada masalah dan bukan seorang LOSER.

Yang penting ketika hari jadi anda nanti…

1. Ambil Hari Cuti.

Pastikan anda sudah menetapkan tarikh pada hari jadi anda nanti untuk ambil cuti atau Annual Leave. Set-kan masa sejak dari awal lagi, dan buat perancangan apa yang patut anda lakukan ketika hari cuti tersebut. Sekiranya ia jatuh pada hari minggu, ia adalah bonus untuk diri anda meluangkan masa untuk bersendirian.

2. Pergi makan sedap-sedap.

Apabila anda sudah set-kan tarikh untuk ambil annual leave, simpan duit dari sekarang supaya anda boleh merancang untuk birthday anda nanti seperti reward untuk diri sendiri. Terutamanya, jika anda mengidam nak makan sedap-sedap di restoran yang mahal. Malu makan berseorangan? Pada masa kini tiada apa yang patut dimalukan kerana ramai sahaja yang makan berseorangan.

Alternatif yang lain, bungkus sahaja dan bawa ke tempat yang menarik.

3. Teroka tempat baru.

Nak melancong jauh-jauh pergi ke negara orang berseorangan, pasti tidak mendapat keizinan daripada ibu bapa pula. Dalam negara pun sudah memadai. Timba pengalaman dengan memandu kereta, dan pergi sahaja ke mana anda mahu pergi. Dah ambil annual leave, tetapi terperap dalam rumah, nanti kata diri sendiri LOSER pula.

Jadi, buat aktiviti yang menyeronokkan.

4. Manjakan diri.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan berseorangan, namun menyeronokkan adalah dengan memanjakan diri anda seperti:

  • Spa
  • Urut badan
  • Manicure
  • Pedicure
  • Facial
  • Dan ketika ini juga anda boleh lakukan medical check up terutamanya dentist. Berapa kali dalam seumur hidup anda lakukan scaling?

Namun, JANGAN pula anda pergi ke tempat seperti:

  • Karoke.
  • Taman tema.
  • Wayang, kemudian menonton cerita sedih pula.

5. Pergi ke kedai buku.

Selain itu, tempat yang anda boleh pergi namun tidak malu untuk berseorangan adalah dengan pergi ke mana-mana kedai buku. Sekali-sekala pergi ke kedai buku, banyak juga manfaatnya. Anda akan dapat beberapa idea, malah boleh beli buku resipi kek dan buat kek untuk hari jadi anda sendiri. Jika mahu menghabiskan masa di rumah walaupun telah mengambil cuti, apa salahnya luangkan masa di rumah dengan pelajari benda baru.

Kalau kek tak jadi, tidak la berasa malu dengan kleuarga atau kawan-kawan.

Selamat Hari Jadi, dan Selamat Mencuba!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen