Mula Berjimat Di Tempat Kerja, Barulah Duit Gaji Tahan Lebih Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mereka yang kerja di bandar, masalah kewangan sememangnya akan memeningkan kepala setiap hari. Itu belum ditambah dengan kesesakan jalan raya, nak cari parking pun payah malah nak makan di tempat yang menjimatkan juga susah untuk ditemuai. Lagi bertambah-tambah pening kepala.

Ramai yan terpaksa berbelanja lebih hanya untuk duit minyak kereta, belanja makan, bahkan untuk meletakkan kenderaan. Bagi mengelakkan defisit kewangan, tentunya anda perlu mengurangkan beberapa perbelanjaan setiap bulan. Salah satu hal yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan ketika anda berada di tempat kerja.



1. Membawa bekal.



Perkara yang paling utama sekali adalah, jangan malu untuk membawa bekal ke tempat kerja. Tidak kiralah walaupun sekadar nasi goreng, janji dapat mengenyangkan perut anda. Jangan malu untuk menolak ajakan rakan yang sentiasa makan tengah hari di luar. Selain menjimatkan, ia juga sihat kerana bahan di dalamnya ditentukan oleh anda sendiri. Cubalah masak sekali sekala. Percaya atau tidak, anda boleh jimat beberapa ratus sebulan dengan masak sendiri! Lagipula dengan membawa makan dari rumah, anda tidak perlu lagi menggunakan kenderaan untuk pergi ke restoran atau gerai makan. Jimat kan?

2. Tinggalkan gaya hidup yang buruk.



Hentikan kebiasaan seperti merokok ataupun berbelanja (bershopping) di tempat kerja. Apabila ada masa terluang di pejabat itu, jangan sesekali pergi melihat sale-sale di ruangan media sosial anda. Bukan itu sahaja, jangan pergi scroll Shopee, Lazada, Watsons, 11Streets dan pelbagai lagilah. Semua perkara ini hanya membuat anda ingin membeli sahaja. Walaupun niat nak cuci mata sahaja, pasti anda akan terbeli juga barangan itu nanti.

3. Minum di tempat kerja.



Kalau di ruangan pejabat anda ada menyediakan pantry, rajin-rajinkan lah diri anda untuk minum di sana walaupun sekadar air kosong. Dari anda perlu mengeluarkan duit untuk berbelanja lebih baik anda guna apa yang ada. Tapi jangan anda lupa akan orang lain ye.


4. Kurangkan bersiar-siar.



Jika dulu anda sering bersiar-siar selepas waktu kerja ataupun hari minggu, nampaknya anda sekarang harus mengurangkan keinginan tersebut. Hal ini kerana selepas waktu kerja ataupun pada hari minggu sangat sinonim dengan kesesakan. Disaat kesesakan berlaku, petrol akan sangat cepat habis dan anda harus mengeluarkan wang lebih untuk mengisi petrol kenderaan anda. Selain itu juga, jika anda bersiar-siar selepas waktu kerja selalu, tidak ke badan akan jadi lebih penat untuk bekerja keesokan harinya?

5. Pilih pengangkutan yang menjimatkan.



Untuk lebih jimat, maka anda juga perlu menjimatkan penggunaan petrol anda. Anda boleh pilih sama ada untuk menunggang motosikal atau menggunakan pengangkutan awam. Jika kedua-dua perkara ini sukar buat anda, boleh sahaja menaiki kereta. Akan tetapi, pastikan kurangkan ‘idling’ kenderaan anda dan sentiasa servis kenderaan tepat pada waktunya untuk mengelakkan masalah lain berlaku.

Jangan malu apabila hendak berjimat ini. Banyak kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya lakukan ini. Anda pasti dapat menyelamatkan beratus-ratus wang gaji anda dari bulan sebelumnya. Selamat mencuba.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen