Apabila Dosa Seperti Sudah Menjadi Perkara Biasa Dalam Gaya Hidup Kita? Jom Ketahui Sebabnya.

Pada masa kini, dengan peredaran zaman, mendidik anak-anak menjadi sangat mencabar, apatah lagi diri sendiri untuk beristiqamah dalam melakukan kebaikan. Secara tidak sedar, sedikit sebanyak dosa-dosa yang dilakukan seperti dianggap perkara biasa dikalangan manusia yang lemah lagi hina ini.

Kebiasaan yang kita dengar dikalangan masyarakat adalah…

“Nantilah dia bertudung, muda lagikan…Kita masa muda pun macam tu juga..”

“Nanti dia belajar la tutup aurat tu, muda lagi…”

“Biar la dia tidur lama sikit, penat kerja semalam tu agaknya, nanti boleh qada’ solat subuh..”

Jika anggapan ini dilakukan sedikit demi sedikit…Hari demi hari…lama-kelamaan hati mulai terbiasa dengan perkara ini, sehinggalah ke generasi seterusnya. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa mengeluh kenapa susah sangat nak mendidik anak-anak generasi baru. Ini kerana, tidak dimulakan dengan diri ibu bapa terdahulu.

Kemudian mengharapkan anak-anak tiba-tiba berubah menjadi baik dengan didikan dari cikgu di sekolah, atau pun orang luar. Sebab itu ramai dikalangan anak-anak memberontak. Sebagai ibu bapa, janganlah menambah dosa, dan jangan pula menggandakan dosa seperti fiman Allah SWT:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Surah Ali-Imran: 135)

Apa yang menyebabkan diri kita sudah terbiasa dengan dosa-dosa ini? Jom lihat 5 sebab ini…

1. Kerana dilakukan berulang kali.

Sebagai manusia yang khilaf, melakukan kesilapan berulang kali itu sudah menjadi kebiasaan. Namun kesilapan yang boleh dianggap dosa kecil pula, apabila sudah dilakukan berulang-ulang tanpa disedari, pasti menjadi punca kita menanggap ia perkara biasa. Terutamanya dalam melakukan hal yang tidak berfaedah seperti mengumpat, melihat aib orang, menyebarkan aib orang dan seumpama dengannya.

“Aku bukan la nak burukkan sesiapa, tapi….”

2. Kerana mudah dipengaruh oleh rakan sebaya.

Siapalah kita tanpa rakan-rakan disisi. Sebagai manusia yang sering kesepian, pasti tidak mudah untuk keseorangan kerana takut dianggap bukan-bukan. Boleh berkawan, akan tetapi carilah rakan yang mampu membawa kita kepada kebaikan, bukan pengaruh kita menjadi lebih teruk pula.

Apabila rakan-rakan mula mengatakan kita ketinggalan zaman kerana tidak mengikut trend seperti bermain tik tok, mulalah diri kita pun terlibat. Bukan sahaja tidak berfaedah, tetapi boleh menimbulkan fitnah pula sekiranya tidak menutup aurat.

3. Kerana persekitaran yang tidak baik.

Apabila hidup kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa mengajak kita ke kancah dosa dan maksiat, ini bermakna persekitaran kita tidak sihat dan tidak baik. Persekitaran yang teruk adalah seperti dikelilingi orang-orang yang tidak solat, makan dari sumber haram, orang yang sentiasa sebarkan aib orang lain, orang yang sentiasa negatif atau keluarga yang berpecah belah.

4. Kerana lemahnya Iman kita.

Punca utama terjadinya semua perkara ini adalah, lemahnya iman kita untuk menghadapi segala dugaan dan ujian ini. Apabila sudah asyik bergelumang dengan dosa, ditambah pula dengan kedudukan kita yang sentiasa tidak berubah iaitu pada persekitaran yang tidak baik, ia secara tidak langsung mendorong kita untuk terus berada dalam iman yang lemah, dan tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.

Oleh itu, jadilah orang yang pertama untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti tegur-menegur. Jika tidak diterima oleh orang sekeliling, mula mencari persekitaran yang baru supaya dapat istiqamah melakukan kebaikan, dan yang penting jangan berputus asa!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen