"Tujuan Ambil Darah Ini Bukan Suka-Suka, Ia Membantu Kenal Pasti Penyakit Anda Dengan Lebih Jelas."

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu kalau pergi klinik kita pasti akan di ambil sedikit darah untuk mengetahui penyakit apa yang menyerang kita. Itu sekiranya penyakit tersebut tidak begitu mudah untuk dikenal pasti oleh doktor ataupun, doktor hendak satu kepastian. Ramai di antara kita selalunya akan merunggut mengapa nak ambil darah pula sedangkan hanya sakit biasa-biasa sahaja.

Bukan itu sahaja, ramai yang beranggapan mengambil darah itu akan menyakitkan malah ada yang takut sekiranya akan dicucuk berkali-kali oleh jururawat. Mana tidaknya dah la takut jarum, nak kena cucuk banyak kali pun. Mahu tak bising mulut mak cik itu.

Jadi apa pentingnya ambil ujian darah ini? Mari fahami penerangan jelas dari Jururawat Mohamad Azrin ini. Baru kita tahu akan kepentingan mengambil darah ini. Bukan suka-suka ya.



Darah, Kenapa perlu Ambil ujian darah? Kadangkala sesetengah pesakit selalu bertanya kepada staff kesihatan seperti kami kenapa perlu Ambil?

Ketahuilah Bahawa Setiap prosedur Ada Tujuan dan ada Manfaatnya. Venepuncture..


Membantu para doktor memahami diagnosis penyakit.


Pengambilan sample darah juga adalah amat penting kerana dapat membantu Para doktor juga kerana mereka kebanyakannya banyak bergantung pada Melihat result ujian darah untuk mengetahui, memahami diagnosis akan sesuatu penyakit bagi seseorang pesakit yang dirawatnya. Oleh sebab itu sample Darah yang diambil juga boleh digunakan untuk menilai keadaan dan fungsi sesuatu organ lain tanpa perlu mengambil tisu organ tersebut.

Ya, Prosedur pengambilan darah ini selalunya akan dilakukan dengan 2 cara, samada menggunakan jarum dan syringe, ataupun menggunakan Intra Venous Catheter, mengikut keperluan.



Pengambilan sample darah juga adalah amat penting kerana Para doktor juga banyak bergantung pada ujian darah untuk memahami diagnosis akan sesuatu penyakit bagi seseorang pesakit. Oleh sebab itu sample Darah yang diambil juga boleh digunakan untuk menilai keadaan dan fungsi sesuatu organ lain tanpa perlu mengambil tisu organ tersebut seperti hati, buah pinggang dan juga thyroid.

Sebagai contohnya, keadaan hati juga boleh dinilai pada ujian darah dengan melihat pada nilai enzim dan protein dari hati yang berkumpul di dalam darah. Kelenjar tiroid juga boleh dinilai berdasarkan paras hormon tiroid tanpa memerlukan doktor mengambil sedikit tisu tiroid (biopsi) untuk pemeriksaan.

Selain itu, terdapat juga banyak ujian darah yang lain seperti dapat memberi petunjuk bahawa ada seperti jangkitan kuman, kekurangan darah, kekurangan garam dalam tubuh badan, kepekatan darah, dehidrasi, kawalan gula, kolesterol dan lain-lain lagi.

Jadi Sebab itulah pentingnya terdapat Pelbagai jenis pemeriksaan darah boleh dilakukan di hospital.


Kenapa perlu dicucuk berkali-kali?


Selain itu juga Kadangkala melakukan prosedur pengambilan darah ini juga kami Kadangkala selalu dihentam.
Kenapa cucuk berkali-kali, Kenapa tak boleh cucuk sekali jer?? Awak ni pandai Ambil darah ke tak?



Sabar.., janganlah cepat melenting, Sebenarnya tubuh badan manusia sememangnya bersifat dinamik, dimana keadaannya mudah berubah berdasarkan beberapa faktor case by case dalam keadaan tertentu. Kejayaan mengambil darah bagi seseorang perawat itu bergantung juga pada teknik kemahiran dan faktor keadaan yang tertentu.

Untuk mengambil spesimen darah, perawat yang ingin mengambil darah perlu nampak salur darah yang ingin dicucuk, atau sekurang-kurangnya dapat merasa kehadiran salur darah pada tempat yang ingin dicucuk.



Diantara faktor-faktor yang Agak menyukarkan adalah seperti:-

i. Pesakit yang dehidrasi, disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Salur darah pesakit akan lebih sukar untuk timbul.

ii. Suhu persekitaran yang sejuk, ini menyebabkan selalu vein yang dilihat akan mengecut dan halus untuk dilihat. ( Peripheral vascular constriction )

iii. Pengambilan ubat-ubat tertentu, pengambilan caffeine dan nikotin juga boleh menyebabkan pengecutan salur darah.

iv. Pesakit IVDU (Intra Venous Drug User).

v. Pesakit Obesiti. Kebiasaannya pesakit yang badan lebih berisi ini memang mengalami kesukaran sekiranya perlu diambil spesimen darah, namun masih ramai diantara mereka memarahi perawat apabila berlaku kesukaran dalam prosedur ini.

vi. Pesakit ESRF (End Stage Renal Failure) kegagalan buah pinggang.

vii. Pesakit pediatric (Kanak-kanak dan bayi). Selain daripada faktor salur darah Kanak-kanak yang halus, keadaan ini juga menyukarkan perawat kerana pesakit Kanak-kanak seringkali meronta-ronta. Kadangkala sesetengah ibubapanya ada yang kurang memberikan kerjasama untuk memegang anaknya malah juga ada yang memviralkan kami di media sosial kenapa anaknya dicucuk sehingga menyebabkan anaknya menangis..

Hurmm saya juga menghela nafas dan menggeleng kepala Melihat kerenah sesetengah ibubapa yang kurang memahami, saya juga pernah bertanya kepada senior saya yang sudah kerja berbelas tahun, selama Beliau bekerja Pernahkah dia tengok kanak-kanak kecil yang dicucuk jarum tak menangis tetapi semasa dicucuk dia tergelak terbahak-bahak riang ria bersuka ria BaHahahahaha Hahahahaha... Rasanya tak pernah lagi..


viii. Tangan pesakit yang bengkak atau edema, injection yang berulang contohnya seperti pesakit denggi yang disebabkan trauma dan haematoma (lebam-lebam) dikawasan salur darah.




Terdapat banyak beberapa majoriti kes seperti diatas, Oleh sebab itu Janganlah cepat terlalu melepaskan marah Anda itu kepada perawat yang mengambil darah anda, Kami juga kalau boleh kami akan cuba elakkan cubaan mencucuk berkali. Dalam masa yang sama perawat yang mengambil darah juga telah cuba yang Terbaik untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami dengan melakukan prosedur seperti ini. Kegagalan pengambilan darah juga Kadangkala datangnya Dari beberapa faktor kesukaran daripada tubuh badan pesakit itu sendiri, akan tetapi para perawat yang mengambil darah anda dilatih dan terlatih akan cuba yang terbaik untuk menjayakan prosedur tersebut atau mendapatkan bantuan dari rakan mereka yang lebih berkemahiran.

Tidak juga dinafikan, kebanyakannya staff kesihatan pon ada juga yang takut jarum, dan kebanyakannya kami juga tahu kesakitan yang dialami Oleh anda ketika dicucuk. Sebab itu prosedur pengambilan darah ini juga ada Tujuan atau manfaat mengikut keperluannya.

Hihihi Sekian cerita for blood taking today..

- SN Mohamad Azrin -

Meyh Sapa nak kena cucuk amik darah, Sila beri kerjasama dan tangan anda. Cucuk sikit ya..


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen