Nak Berjimat Ketika ‘Dating’, Jangan Malu Nak Cuba 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda dan pasangan ingin meluangkan masa bersama, pasti kalian akan pergi ke pusat membeli belah untuk menonton wayang atau menikmati makan bersama. Itulah yang sering dilakukan oleh mana-mana pasangan kekasih untuk meluangkan masa bersama.

Tapi apabila anda sedang mengumpul duit untuk majlis perkahwinan, perkara sebegini pastinya akan memakan wang yang banyak. Malah jika kalian terlalu kerap keluar, ia akan menyebabkan anda sukar untuk lakukan simpanan malah semakin boros.



Sebenarnya, banyak lagi cara untuk pasangan kekasih meluangkan masa mereka bersama. Mana tidaknya, jika sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin, pasti anda ingin mengumpul wang yang cukup. Ini terdapat beberapa cara untuk anda meluangkan masa dengan pasangan tapi masih lagi berjimat.



1. Masak bekal untuk pasangan.

Jika anda seorang wanita, perkara ini pasti menjadi kebiasaan buat anda. Mana tidaknya, seorang wanita sudah pastilah perlu pandai memasak untuk menjadi seorang isteri yang baik kelak. Tapi kalau anda lelaki dan anda lakukan perkara ini pasti ia akan membuat pasangan anda terharu. Tidak kiralah sesiapa pun yang buat, sediakan bekalan untuk makan tengah hari dan menikmatinya bersama pasti akan lebih menjimatkan kalian berdua.



2. Pergi piknik bersama.

Pada hujung minggu kalian ingin keluar bersama tetapi tidak tahu hendak ke mana, mungkin anda boleh pergi berkelah bersama-sama si dia di taman-taman yang berdekatan. Selain meluangkan masa bersama, kalian juga boleh menikmati pemandangan di sekeliling kalian. Perkara ini pasti mempu menenangkan fikiran kalian malah merehatkannya dari kesibukkan kerja.



3. Luangkan masa dengan bermain game.

Jika sebelum berkahwin anda dan pasangan boleh menikmati masa bermain game bersama-sama. Perkara sebegini pastinya akan membuat anda dan pasangan bertambah erat. Tapi jangan terlalu berlebihan, ia mungkin membuat kalian ketagihan. Jadi hanya bermain sekali sekala pasatinya tidak ada masalah.



4. Bersenam bersama.

Pada mempunyai waktu yang terluang, anda mungkin boleh bersenam bersama-sama pasangan anda. Selain dapat meluangkan masa, kalian juga akan memiliki tubuh badan yang sihat. Jadi aktiviti ini juga mampu membuat hubungan kalian semakin erat.



5. Tonton filem yang telah dimuat turun.

Nak pergi tengok wayang tetapi ia akan memberi kos yang banyak kepada anda dan juga pasangan. Jadi lebih baik sekiranya anda memuat turun filem yang sudah tersedia di laman web-laman web yang ada. Pasti lebih jimat dan anda boleh tonton berulang kali.

Jangan malu untuk lakukan semua ini, lebih baik anda jujur dengan pasangan anda. Berbanding anda sediakan kemewahan tapi sebenarnya anda tidak mampu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen