Anak-Anak Kecil Yang Selalu Minta Duit Dan Snack, Sebenarnya Alami Tekanan.

“Mak nak keropok…”

“Mak nak mainan…”

“Mak nak ais krim…”

Pasti sering para ibu bapa terdengar keluahan anak-anak, atau permintaan yang melampau-lampau sedangkan barang permainan baru sahaja dibeli pada hujung minggu. Akan tetapi anak-anak sering pula meminta bukan-bukan. Situasi ini bukan sahaja menyebabkan kemaharan ibu bapa, anak-anak juga akan mula tantrum.

Situasi ini sebenarnya menunjukkan anak-anak kecil juga sebenarnya mampu untuk alami tekanan atau stress dalam hidup mereka. Lantas, mereka mempunyai keinginan untuk berbelanja dengan tinggi, malah ada yang sanggup mencuri duit ibu bapa.

Jadi, untuk mengelakkan kejadian ini kerap terjadi dalam keluarga, ibu bapa sepatutnya…

1. Mengambil tahu perasaan anak.

Ibu bapa perlu mementingkan perasaan anak-anak, dan perlu cepat membaca reaksi wajah mereka, terutamanya ketika sedih, marah, geram dan termenung. Kebiasaannya, anak yang mengalami masalah dengan rakan-rakannya di sekolah akan bertindak untuk meminta duit lebih, permainan yang bukan-bukan, malah snack juga.

Mungkin juga anak mengalami mangsa buli di sekolah, ibu bapa perlu tahu tentang perkara ini.

2. Luangkan masa dengan anak-anak di tempat yang tidak mengeluarkan banyak duit.

Ibu bapa perlu tahu tentang kaedah ini, iaitu kaedah pendekatan ‘kacamata kuda’. Kaedah ini untuk mengelakkan anak-anak menjadi boros ketika di kompleks membeli belah. Bukan sahaja untuk mengelakkan anak-anak menjadi boros, termasuk juga dengan kedua ibu bapa juga.

Jadi, pada setiap minggu elakkan pergi ke tempat yang mampu membuatkan anak-anak menjadi boros, tetapi pergilah ke tempat seperti taman rekreasi, muzium dan seumpama dengannya.

3. Ubah sikap anda dahulu dalam mengawal perbelanjaan.

Masakan anak-anak suka membazir, jika ibu bapa pun sama sahaja suka memboros. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya. Maka, mulakan dari sikap diri sendiri dahulu, kemudian baru didik anak-anak untuk tidak membuat pembaziran.

Jadilah, role model yang baik untuk anak-anak ikuti.

4. Melatih anak untuk suka menabung.

Anak-anak akan mengikuti jejak langkah kedua ibu bapanya. Jadi, setiap pergerakan dan tindakan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa pasti akan diikuti oleh anak-anak. Di sini lah peluang ibu bapa untuk menunjukkan tabiat suka menabung. Mulakan dengan menyimpan duit syiling, kerana anak-anak kecil agak teruja apabila mendengar bunyi duit syiling yang jatuh di dalam tabung.

Bunyi ini memang menarik minat mereka untuk mula menabung. Cubalah!

5. Didik anak-anak untuk bersedekah atau menyumbang.

Apabila ibu bapa telah melatih anak-anak untuk menabung, pasti anak-anak akan teruja untuk melihat jumlah atau hasil dalam tabung tersebut. Di sini juga anda perlu didik anak-anak bukan untuk belanjakan semua hasil tabung tersebut, tetapi agihkan kemudian bersedekah. Jika amalan ini menjadi aktiviti setiap bulan, pasti ia akan menjadi amalan anak-anak sehingga dewasa.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen