“Dah Ada Duit Lebih, Tapi Tak Tau Macam Mana Nak Simpan Dan Simpan Kat Mana..” Ikuti Perkongsian Ini.

Kadang-kala segelintir daripada kita sudah ada mempunyai wang tambahan untuk dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan. Cuma tidak tahu bagaimana untuk uruskan sebagai simpanan, untuk disalurkan ke mana dan sebagainya. Apabila tiada guide, kita pasti terkandas dengan matlamat untuk menyimpan wang.

Jadi, jom ikuti perkongsian dan tips dari saudara Ahmad Samhan ini…

********

MANA NAK PARK DUIT NI?

Kalau ada yang bertanya Samhan soalan ni, biasa Samhan akan tanya, bila nak guna duit tu.

Dekat mana nak park duit kita bergantung matlamat kita.

Jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

JANGKA PENDEK

(+- 1 TAHUN)

  • Contohnya tabung persekolahan anak-anak, tabung hari raya, tabung cukai dan insurans kereta, tabung korban aidiladha dan sebagainya.
  • Boleh nak letak di Tabung Haji untuk sedikit keuntungan dividen, namun Samhan lebih suka jika kita buat tabung botol atau sampul sahaja di rumah dengan label masing-masing,kerana ia lebih praktikal.
  • Jika korang letak semua dalam Tabung Haji, nanti jadi susah nak keep track each tabungan sebab semua dah bercampur-campur.

JANGKASEDERHANA

(5 TAHUN DAN KEBAWAH)

  • Contoh nak menyimpan untuk deposit beli rumah, untuk simpanan perkahwinan, untuk beli kereta secara tunai dan sebagainya.
  • Untuk matlamat jangka sederhana ini, korang boleh letak di Tabung Haji, dana bon/sukuk unit amanah. Kalau selesa dengan hukum keharusan ASB, boleh buat ASB financing.
  • Sama ada nak roll modal atau compounding, dua-dua memang sangat berkesan beri pulangan tertinggi untuk tempoh 5 tahun dan kebawah.
  • Kalau korang kurang selesa dengan hukum harus ASB, TH dan unit amanah adalah alternatif yang patuh syariah.

JANGKA PANJANG

(5 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Contoh menyimpan untuk tabungan persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung menunaikan haji dan sebagainya bergantung target masing-masing.
  • Ada 2 tempat terbaik,hartanah dan unit amanah.
  • Kedua-dua beri pulangan yang hebat untuk jangka masa panjang. Ikut selera masing-masing.
  • Untuk hartanah, sila dapatkan ilmu dan bimbingan mereka yang lebih arif.
  • Manakala unit amanah, boleh dapatkan perkhidmatan perunding unit amanah.

KESIMPULAN

Apa-apa pun, yang penting korang perlu ada matlamat dan mula menyimpan. Pastikan tempat yang korang park duit tu boleh beri pulangan melebihi kadar inflasi,anggaran kadar inflasi 3-4% setahun.

Kalau ada yang menjanjikan pulangan yang tinggi,100% pulangan dalam masa setahun,korang wajib untuk ragui. Kemungkinan besar skim cepat kayap!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen