Bahaya Stress, Ia Akan Membuatkan Anda Menghidap 5 Penyakit Ini Jika Tidak Diurus Dengan Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Aktiviti kerja yang padat, malah kerja yang terlalu banyak, masalah peribadi serta kurang membahagikan masa bersama rakan-rakan serta keluarga akan menyebabkan anda mudah untuk menghidap stress. Rutin-rutin yang sememangnya menyebokkan anda ini akan membuat anda tidak sedar bahawa anda sedang berdepan dengan tekanan.

Walaupun anda merasakan tekanan itu hanya memberikan satu kesan yang sedikit terhadap prestasi anda berkerja, tapi ia memberi kesan terhadap rutin harian anda. Jangan memandang mudah akan perkara sebegini, lama kelamaan ia akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan anda.





1. Sukar untuk tidur.

Walaupun badan anda letih dan mata anda mengantuk namun anda sukar untuk melelapkan mata anda. Ataupun, anda sudah tidur dalam jangka masa yang panjang tetapi anda masih sahaja rasa mengantuk. Ini adalah tanda tekanan yang paling biasa dialami. Tekanan menyebabkan kebimbangan berlebihan dan akhirnya membuat fasa mengantuk dan fasa sedar menjadi tidak seimbang.



2. Mudah untuk rasa cemas.

Kebimbangan dan tekanan ini adalah berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Apabila anda terlalu tertekan, ia akan membuatkan anda berfikir akan masalah tersebut secara berlebihan. Malah ia sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.



3. Sistem pencernaan terganggu.

Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.

Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.



4. Ketegangan otot.

Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.



5. Mudah fokus kepada yang negatif.

Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja. Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.

Apabila anda berdepan dengan perkara sebegini, segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan menganggapnya perkara kecil tetapi segera dapatkan rawatan untuk memulihkan diri anda dari sebarang tekanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen