Antara Sebab Anak-Anak Lebih Suka Meluahkan Perasaan Pada Sahabat Berbanding Ibu Bapa.

Jika dilihat perkembangan anak-anak zaman dahulu dengan sekarang, mereka lebih selesa meluahkan perasaan atau pendapat bersama sahabat baik sahaja. Tidak ramai dikalangan anak-anak selesa untuk meluahkan perasaan dengan ahli keluarga sendiri terutamanya dengan para ibu bapa.

Jika mereka memiliki adik-beradik, berkemungkinan besar akan berkongsi cerita hal peribadi bersama, tetapi bagi golongan anak tunggal?

Anak tunggal sememangnya rapat dengan kedua ibu bapa, tetapi tidak ramai juga selesa untuk meluahkan perasaan pada kedua ibu bapa. Kenapa ini terjadi?

1. Kerana ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak sejak dari kecil lagi.

Seperti kebiasaan, ibu bapa pasti sibuk dengan bekerja sejak dari anak-anak kecil lagi. Dan ini dapat dilihat, anak-anak akan dijaga oleh atuk dan nenek mereka, penjaga atau pengasuh. Malah anak-anak sekitar 4 tahun ke atas akan dihantar ke pra sekolah untuk dijaga dan dididik. Dari situasi ini kita dapat melihat, setiap hari biasa sahaja pasti anak-anak tidak dapat meluangkan masa bersama ibu bapanya.

Maka, minda mereka terpengaruh bahawa orang disekelilingnya lebih penting daripada ibu bapa kerana itu yang mereka lihat. Orang yang lebih rapat dan dekat itu lebih penting untuk dirinya. Oleh kerana itu, jika anak-anak rapat dengan saudara atau rakan sebaya sejak dari kecil, mereka lebih selesa berkongsi apa jua cerita.

Mereka akan berkongsi cerita dengan orang yang rapat dan dianggap penting pada matanya.

2. Kerana ibu bapa sukar untuk mempengaruhi minda mereka.

Apabila ibu bapa tiada masa yang banyak untuk diluangkan bersama dengan anak-anak, sudah tentu secara tidak langsung tidak dapat mempengaruhi minda anak-anak bahawa mereka itu sebenarnya orang yang penting .

Orang yang penting dalam mendidik anak-anak, malah untuk anak-anak meluahkan perasaan. Dengan jarangnya kehadiran ibu bapa dimata anak-anak, pasti amat sukar untuk pengaruh minda mereka. Ini yang menyebabkan anak-anak juga sukar meluahkan perasaan kepada kedua ibu bapa.

Sebagai contoh, anak-anak dihantar ke sekolah sejak dari kecil, mereka akan mempercayai kata-kata guru lantas lebih mudah berkomunikasi atau berkongsi cerita dengan cikgu sahaja. Atau anak-anak sering bermain dengan rakan sebaya atau saudara berbanding dengan ibu bapa, jadi mereka akan mudah terpengaruh dengan orang yang rapat dengan dirinya sahaja.

3. Kerana ibu bapa menganggap mereka sahaja yang betul.

Ini juga adalah salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh para ibu bapa. Ibu bapa tidak melakukan 2 perkara utama di atas, iaitu tidak rapat dan tidak mampu mempengaruhi minda anak-anak, tetapi secara tiba-tiba memerintah anak dengan pelbagai kata-kata. Ini yang akan membuatkan anak-anak mula memberontak untuk ikut rakan sebaya.

“Kenapa tak nak ikut cakap ayah ni?”

“Jangan buat benda tu lagi!”

“Jangan ikut kawan-kawan tu lagi!”

Malah, apabila anak-anak cuba meluahkan perasaan, kata-kata mereka juga sering dipotong dan ibu bapa seratus peratus menyalahkan anak-anak. Jadi, anak-anak akan mula rasa hilang kasih sayang dan seolah-olah tiada siapa dapat memahami hati dan perasaan mereka, tetapi sahabat sebaliknya.

Oleh yang sedemikian, sekiranya ibu bapa mahu anak-anak meluahkan perasaan pada anda, jangan lupa untuk rapat dengan mereka sejak dari mereka kecil lagi. Malah, luangkan masa bersama mereka dalam apa jua aktiviti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen