Ibu Ayah Wujudkan Bonding Bersama Anak Yang Mampu Bantu Perkembangan Otak Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila banyak masa yang diluangkan bersama anak, maka akan bertambah erat hubungan anda bersama ibu bapanya. Terutama jika anda seorang ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan rutian harian di pejabat malah di rumah, maka masa yang terluang buat anak-anak adalah perkara yang paling berharga setiap kali mempunyai peluang.

Setiap kali mempunyai peluang untuk bonding bersama anak-anak, anda harus memikirkan satu aktiviti yang sesuai untuk mereka malah ia dapat mengeratkan lagi hubungan kalian serta membantu memgembangkan otaknya. Barulah masa yang ada itu tidak akan tersia-sia begitu sahaja, malah ia menjadi satu tempoh pembelajaran yang menyeronokkan.

Sejurus selepas kelahiran, bayi yang baru lahir secara semulajadinya akan mendambakan sentuhan, belaian, dakapan, pelukan, ciuman, pujian serta dodoian daripada ibu bapanya. Ini bukan sahaja dapat membantu mengeratkan bonding ataupun ikatan antara anak dengan ibu bapa malahan dapat membantu perkembangan otak anak mereka.



Jalinan ikatan yang kukuh antara ibu bapa dengan anak sangat penting untuk perkembangan intelektual, rohani dan fizikal anak-anak. Sesetengah ibu bapa mungkin akan merasakan jalinan ini secara semulajadi dengan bayi mereka manakala setengah lagi mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengukuhkan jalinan ini. Pakar menyatakan bahawa ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian yang secukupnya kepada anak mereka selain memastikan keperluan dan keinginan mereka dipenuhi.

Berikut merupakan 7 cara bonding yang anda boleh gunakan untuk membantu perkembangan otak bayi secara positif dan efektif:



i. Kesihatan pranatal.

Paling asas, sentiasa pastikan anda mendapatkan nutrisi, melakukan senaman dan penjagaan pranatal yang secukupnya ketika hamil. Ini sangat perlu memandangkan otak anak anda akan berkembang dalam lingkungan 100 bilion sel di antara minggu keenam dan kelima kehamilan.



ii. Sentuhan dan belaian.

Ini sangat membantu untuk menunjukkan kepada anak anda bahawa mereka disayangi dan diperlukan oleh anda. Ini sekaligus membuat mereka mudah berasa tenang dan kurang stres apabila bersama anda. Si kecil yang bersikap tenang mudah mengadaptasi persekitaran, bunyi, tekstur dan bau di sekeliling mereka.



iii. Respons terhadap setiap kelakuan anak anda.

Kukuhkan pengetahuan emosi anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda senyum kepada anda, balas senyuman mereka, anggukkan kepala dan berbual dengan mereka. Ini dapat membantu mengajar anak anda untuk berkomunikasi dengan individu lain kelak. Ini juga sekaligus dapat membantu anak anda berasa lebih selamat di samping anda.



iv. Bantu anak anda menjalinkan ikatan dengan individu penting selain ibu bapa.

Bantu anak anda menjalinkan ikatan yang kukuh dengan beberapa individu yang penting dalam hidup mereka contohnya sepupu atau ibu bapa saudara mereka. Ini dapat membantu anak anda belajar dan memahami kepentingan mempunyai jalinan ikatan yang kukuh terhadap individu yang disayangi.

v. Berbual bersama anak anda.

Saintis menekankan bahawa masa yang paling sensitif untuk otak anak anda bertindakbalas dengan bahasa adalah ketika mereka berusia lima tahun. Oleh itu, gunakan peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai perkataan kepada mereka. Kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan yang baik mengenai perkataan akan berkembang menjadi pembaca dan penulis yang baik kelak.



vi. Membaca bersama anak anda.

Apabila anda membaca bersama anak anda, ini tidak langsung akan membuat otak mereka bertindakbalas dengan anda. Dudukkan mereka di riba anda dan bacakan cerita yang menarik untuk didengar oleh anak anda. Jadikan cerita kegemaran mereka sebagai rutin anda bersama bagi menguatkan lagi tindakbalas otak mereka dengan anda.
vii. Bermain bersama anak anda.

Seni, muzik serta pergerakan dalam tarian dapat membantu anak anda mengembangkan skil motor, memupuk kreativiti serta merangsang kedua-dua belah otak mereka yang digunakan untuk belajar.

Pastikan anda lakukan bersama mereka dengan keseronokkan bukannya paksaan hingga membuat mereka sukar untuk menerimanya. Mencipta keakraban yang baik memerlukan satu usaha. Yang penting anda jangan sesekali putus asa terhadap apa yang anda usahakan itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen