Antara Sebab Para Ibu Bapa Perlu Hentikan Kata-Kata Negatif Terhadap Anak-Anak.

Menjadi para ibu bapa pada zaman sekarang, memang sangat mencabar kerana anak-anak membesar sejajar dengan perkembangan teknologi. Malah, peredaran zaman juga membuatkan banyak perkara yang berubah termasuklah dalam kemahiran penjagaan anak-anak. Kemahiran dalam penjagaan anak-anak harus dipertingkatkan juga, supaya tumbesaran anak-anak tidak terganggu.

Antara aspek yang para ibu bapa perlu tekankan ketika mendidik anak-anak adalah dalam penggunaan kata-kata kasar, mahupun negatif. Isu ini kerap menjadi masalah dalam keluarga kerana ia mampu mempengaruhi minda anak-anak menjadi negatif juga.

Ibu bapa perlu hentikan kata-kata kasar negatif yang berbaur carutan ini serta-merta kerana…

1. Anak-anak akan bertambah menjadi degil.

Jika ibu bapa terlalu kerap memarahi anak-anak dengan menggunakan kata-kata yang sangat negatif berbaur carutan, ini akan mengakibatkan anak-anak bertambah menjadi degil. Kata-kata carutan ini bukan sahaja membuat anak-anak menjadi keras-kepala, bahkan membuat anak-anak sukar mendengar kata ibu bapa.

Walaupun, ibu bapa hanya berkata-kata di dalam hati, namun siapa dapat menafikan kuasa Allah SWT. Jika termaktub kata-kata negatif anda pada anak-anak ketika itu, jadilah ia sebagai doa yang buruk pada anak-anak. Wallahua’lam.

2. Anak-anak menjadi sukar untuk menjadi pelajar cemerlang.

Ramai ibu bapa mengimpikan anak-anak menjadi pelajar cemerlang di sekolah, dan menganggap didikan cikgu itu amat penting. Namun sedemikian para ibu bapa terlupa bahawa didikan daripada rumah juga penting terutamanya dalam menjaga kata-kata dan bahasa dari diri sendiri. Jika ibu bapa sering mengungkapkan kata-kata negatif ini, anak-anak tidak dapat fokus dalam pelajaran, dan sukar untuk cemerlang.

Jadi, sekiranya anak-anak tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, usahlah hamburkan kata-kata negatif pada mereka.

3. Anak-anak akan mempunyai emosi yang tidak stabil.

Selain itu, anak-anak akan mempunyai emosi yang tidak stabil kerana langsung tiada kata-kata positif dalam minda mereka. Mereka akan selalu beranggapan bahawa ibu bapanya langsung tidak menyayangi dirinya lagi. Kata-kata negatif ampu mempengaruhi minda mereka sehingga emosinya menjadi tidak stabil dan sering mengalami tantrum.

4. Anak-anak akan mempunyai tidur yang tidak lena.

Apabila minda sudah disogok dengan kata-kata negatif, anak-anak akan mengalami insomnia juga kerana mindanya tidak henti-henti proses kata-kata tersebut. Apabila anak-anak menjadi overthinking sebegini, sudah tentu ia akan mendorong anak-anak sukar untuk tidur malam, bahkan tidak lena.

5. Anak-anak akan lebih suka meluangkan masa dengan rakan sebaya.

Dengan kata-kata negatif ini juga, anak-anak akan beranggapan, ibu bapanya sudah tidak menyayangi dirinya lagi, dan lebih baik meluangkan masa bersama sahabat sahaja. Oleh kerana itu, jika anak-anak lebih gemar meluangkan masa bersama sahabat, ibu bapa perlu bermuhasabah diri dan fikir kesalahan sendiri dari masa ke semasa.

Jangan Salahkan Anak Seratus-Peratus Apabila Terjadinya Tantrum Pada Anak-Anak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen