Doktor Ini Kongsikan 10 Tips Untuk Para Suami Ketika Isteri Sakit Untuk Bersalin.

Berapa ramai dikalangan suami yang mampu temankan isteri ketika sakit bersalin? Namun, ada juga segelintir isteri yang tidak mahu suami datang untuk temani, kerana hal peribadi. Oleh yang demikian, sekiranya isteri mahu suami yang menemaninya di dalam bilik bersalin, si suami patut ikuti tips dari perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini….

1. Pastikan anda tahu apa yang isteri mahukan.

Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih. sebelum sakit bersalin tu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baiknya, jangan ditanya isteri masa dia tgh sakit - silap hari bulan boleh kene penumbuk !

2. Bawa barang keperluan anda sendiri.

Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan anda sendiri. jika mahu bermalam di hospital, atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawak segala keperluan anda bersama. contohnya - bawak la baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain

Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!

3. Tahu apa yang harus dijangkakan.

Bila sakit bersalin dah bermula, tak sempat dah nak google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran.

Lebih adfhal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka. Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit-sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. takde lah terpinga-pinga melopong bila doktor dok beriya-iya menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.

4. Fleksibel.

Para suami harus menanam sikap sabar yang tinggi, dan jangan mudah menjadi tantrum sekiranya proses kelahiran mengambil masa yang terlalu lama seperti menggesa doktor dan jururawat untuk cepatkan proses tersebut. Malahan, jangan mudah menjadi panas baran juga, jadilah seorang yang fleksibel.

5. Cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian.

Suami perlu pandai mengalihkan perhatian isteri yang dalam kesakitan seperti urut tapak kaki atau pun urut belakang badan isteri. Oleh sebab itu, para suami amat digalakkan untuk persiapkan diri dalam untuk mempelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.

6. Lakukan segala-galanya sendiri.

Walaupun ramai orang yang lebih berpengalaman di sekeliling anda yang boleh membantu, anda adalah tonggak utama yang paling penting bagi isteri anda. Buat apa sahaja dan dapatkan apa yang diperlukannya.

Tidak kiralah jika anda terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula ataupun mengambilkannya segelas air, ataupun berbincang dengan doktor bagi pihaknya.

Biasanya isteri nak dekat-dekat bersalin ni manja nye terlebih. layankan aje !

7. Tahu batas-batas anda.

Para suami harus tahu apa yang anda patut lakukan di dalam bilik bersalin dan jangan buat sekiranya anda tidak tahu, serahkan pada yang pakar sahaja. Pastikan juga anda tidak mabuk darah atau pun pengsan ketika melihat darah yang banyak dalam bilik bersalin, kerana sukar untuk para doktor dan jururawat lakukan dua kerja.

8. Bersedia untuk membuat keputusan pada saat-saat genting.

Sebagai pemimpin, pada saat-saat genting ini lah anda harus tahu untuk membuat keputusan kerana isteri dalam kesakitan, manakala ahli keluarga pula dalam perjalanan ke hospital. Pasti semuanya kelam kabut untuk membuat keputusan. Jadi, bekerjasama lah dengan doktor, berbincang dengan isteri dan berikan keputusan mengikut nasihat doktor

9. Bersedia untuk menunggu.

Tidak seperti yang anda lihat dalam filem ataupun televisyen, kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum mereka pergi ke hospital.

Banyak pasangan yang merasakan lebih selesa berada di rumah sahaja pada peringkat awal kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin yang lebih suka jika anda menunggu sehingga kontraksi anda lebih kerap dan jarak di antaranya lebih dekat sebelum anda mendaftar masuk.

10. Berada di sisinya.

Kebiasaannya si isteri akan meminta ibu untuk berada di sisi dan membantu apa yang patut sekiranya si suami tiada di sisi. Namun, sekiranya permintaan isteri mahukan suami sendiri berada di sisi, jadilah ‘rakan kelahiran’ bagi isteri untuk membuat mereka berasa selesa. Jangan lepas tangan nak serahkan kepada pihak hospital mentah-mentah.

Ingat, wanita yg sedang sakit bersalin, perlukan peneman di sisi. jangan abaikan mereka. Kongsi saat indah ini bersama, supaya anda lebih menghargai isteri anda

Kepada wanita nak bersalin tu, jangan 'berperang' sendirian, jom bawak sekali suami teman anda!

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen