"Sikap Suka Mengata Hanya Akan Mendedahkan Sisi Buruk Diri Anda Sahaja..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai di antara kita ini suka tabiat membawang dalam mengisi masa lapang. Bermula dari kisah si Timah hinggalah berakhir dengan kisah si Tipah, itulah modal yang akan dilakukan setiap hari. Kadang-kadang apabila kita bercakap mengenai kisah buruk orang di belakangnya akan membuatkan diri kita merasa lebih baik darinya sedangkan kita ini adalah sebaliknya.

Bukan itu sahaja, kita merasakan diri ini terkaku bagus sehingga merasakan mempunyai hak untuk menghakimi hidup seseorang yang jauh berbeza dengan kehidupan harian kita serta berbeza kesilapan dengan kita.

Cuba anda fikirkan kembali, apa kebaikan atau faedah yang anda dapat setelah bercakap mengenai orang lain? Adakah ia satu kepuasan yang ada cari? Ataupun ia akan menambah rasa bersalah selepas itu?



Walaupun orang itu sangat menyakitkan hati anda, tapi bercakap mengenai keburukannya hanya akan membawa aura negatif kepada diri anda. Walaupun kita bercakap adalah berasaskan khabar again yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya, itu akan dianggap sebagai satu fitnah.



1. Apa kata apabila anda berasa tidak senang akan seseorang seperti anda tidak menyukai kehadirannya atau apa pun, adalah lebih baik sekiranya anda berterus terang kepadanya. Bukankah itu akan membuatkan anda berasa lebih lega?

Kebanyakan kita ini hanya berani untuk bercakap belakang sahaja, apabila berdepan perasaan takut menerpa.

2. Bercakap mengenai perkara yang benar bahkan mempunyai bukti, sebab itulah anda berkongsi cerita ini. Bagaimana kalau berita yang anda terima itu adalah satu fitnah terhadap dirinya? Bahkan kalau benar sekali pun, itu tidak bermakna anda bebas untuk bercakap mengenai dirinya.

3. Dari anda sibuk melihat kekurangan orang lain, apa kata anda lihat kekurangan pada diri anda. Mana tahu anda juga miliki kesilapan serta kekurangan yang sama. Jadi apa bezanya anda dengan dirinya?

Tidak akan masa berkualiti anda bersama rakan-rakan hanya bergosip mengenai orang lain, di mana ia bukanlah perkara yang penting. Lebih baik anda mencari sesuatu yang mengeratkan lagi hubungan kalian.

4. Ramai yang tidak sedar, apabila anda bercakap mengenai keburukan orang lain, maka sisi keburukan anda juga akan terserlah tanpa anda sedari. Apabila anda terlalu banyak mencari kesalahan orang lain, maka orang lain juga akan mencari kesalahan dalam diri anda dan menceritakannya.

5. Bukan itu sahaja, anda juga pasti tidak sedar perbuatan anda bercakap mengenai orang hanya akan membuat orang sekeliling anda menjauhi anda sedikit demi sedikit. Ini kerana, tabiat ini akan membuat orang sekeliling anda tidak berasa selesa dengan diri anda, malah anda tidak tahu bahawa dirinya mungkin berkawan rapat dengan pihak itu.

Anda perlu tahu, setiap apa yang keluar dari mulut anda itu satu doa. Jadi tidak mustahil sekiranya anda juga akan berkelakuan sama seperti orang yang anda mengata ataupun lebih teruk darinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen