Berkongsi Tugas Menguruskan Rumah Perlu Dilatih dari Awal Perkahwinan, Barulah Ia Tidak Menjadi Masalah Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika baru sahaja berkahwin, pasti sesetengah orang agak kekok dan malu sekiranya meminta bantuan suami dalam membantu melakukan kerja rumah. Tahukah anda bahawa, selepas berkahwin masing-masing perlu mengubah gaya hidup mereka, tidak kiralah si suami mahupun isteri. Sebab itulah dalam melakukan tugas di rumah, cara menyesuaikan diri dengan gaya hidup atau tabiat selepas berkahwin perlu dilakukan dengan lebih awal.

Apabila perkara tersebut sudah menjadi satu kebiasaan maka, tidak akan ada masalah mengenai pengurusan rumah selepas berbulan atau bertahun berkahwin. Di sini boleh dilihat ia mampu mengurangkan beban si isteri sekali gus mengurangkan masalah rumah tangga.



Sebab itulah pentingnya tabiat ini dimulakan pada tahun pertama perkahwinan. Walaupun pada ketika ini, masing-masing sedang cuba mengenal dan memahami satu sama lain, jangan lupa untuk terapkan perkara ini juga.

Menguruskan rumah biasanya akan menjadi salah satu punca konflik pada tahun pertama perkahwinan. Ini kerana, tugas seperti menyapu, mengelap rumah, mencuci pakaian serta tugas membuang sampah dilakukan oleh isteri berseorangan tanpa bantuan si suami. Walaupun ia tugas yang mudah, tetapi jika dikongsi ia mampu mengeratkan hubungan yang ada. Kalian telah berkongsi satu rumah yang sama, tidak salah sekiranya berkongsi dalam menguruskan rumah. Barulah sama-sama selesa.

Mudah sahaja jika ingin kongsi tugasan ini, yang susahnya untuk memastikan kompromi tu berterusan. Buat pasangan yang mengalami masalah sebegini, apa kata kalian cuba lakukan seperti ini.

i. Siapa yang terakhir membuang sampah, perlu membuang pada esoknya.

ii. Jika si isteri memasak maka suami cuci pinggan kotornya.

iii. Apabila ada baju yang kotor segera masukkan ke mesin basuh.

iv. Lakukan tugasan menyapu dan mengelap bersama-sama.

Jika kalian sudah biasa melakukannya, maka anda akan begitu mudah untuk terus melakukan tanpa diminta oleh si isteri. Bahkan anda juga akan senang untuk melakukan tugas tersebut.

Jangan sesekali simpan perasaan bahawa kerja yang anda lakukan lebih banyak ataupun sebaliknya, pastikan lakukannya dengan ikhlas. Untuk memastikan perkara ini berjalan dengan lancar, anda perlu pastikan bahawa anda sentiasa memberikan kerjasama dengan baik malah tidak sentiasa menunggu pasangan anda untuk melakukannya bersama.

Kerjasama dan keikhlasan diperlukan dalam melakukan kerja rumah dengan suaminya. Suami juga perlu memahami bahawa urusan di rumah bukan sekadar kewajiban seorang isteri, malah suami juga perlu lakukan bersama-sama. Anda perlu tahu setiap kebahagiaan dan keselesaan dalam rumah tangga perlu dikongsi bersama bukannya bersendirian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen