Suami Jadilah Pemimpin Keluarga, Buatlah Keputusan Yang Tepat Dan Bijak. Terkadang Isteri Fikirannya Tak Tetap Dan Berubah-Ubah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini sememangnya cepat berubah, bukan sahaja moodnya yang boleh berubah dalam masa seminit tapi keputusannya juga boleh berubah. Apabila anda bertanya sahaja, maka hati dan perasaannya sudah mula keliru, apa yang mereka mahukan.

Kadang kala diri mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka mahukan, akhirnya apa yang si suami putuskan itulah yang diikuti. Sebab itulah apabila menjadi seorang suami, anda perlu menjadi pemimpin dalam setiap perkara, terutama dalam membuat keputusan. Ini kerana, isteri hanya mampu beri cadangan mahupun pendapat tapi akhirnya suami lebih bijak dalam membuat keputusan.

Menurut Ustaz Farid Rashidi, orang lelaki ini adalah pemimpin buat kaum wanita. Ini kerana wanita diciptakan penuh dengan emosi. Ikuti perkongsiannya.



"Harini kita nak makan kat mana? Ke nak masak?" Soal suami kepada isterinya di suatu petang yang damai.

"Kita makan kat luarlah, malas pula nak masak."

"Ok jom bersiap." Balas suami pantas. Maklumlah tengah lapar, kenalah pantas.

Dalam perjalanan, suami sekali lagi bertanyakan isterinya.

"Kita nak makan apa ya?”

"Ermm, rasa nak makan Tom Yamlah."

"Ok." Kereta dibelok mencari-cari kedai tom yam. Hampir sampai.

"Eh, rasa nak makan Char Keow Teow yang ada udang besarlah." Pinta isteri lagi.

"Hmm, baik." Si suami belok kereta ke arah lain. Suami lontarkan senyum.

"Jap jap bang, rasa nak makan ayam gorenglah."

"Haish...ragaman." Si suami mula mengeluh. Dia putarkan volume lagu sedikit kuat. Diurut-urut janggut berkali-kali.

"Hah apadia bang? Abang marah ye?" Soal isteri.

"Eh taklah taklah, abang kata ni atas jalaraya ni bermacam ragaman orang bawa kereta. Kan?"

"Ye dok... hihi."

Selang 15 minit, si suami buat keputusan sendiri terus ke kedai tom yam. Parking kereta. Turun, dan terus ajak isterinya menyantap nasi putih panas-panas, tom yam padu, sayur kailan dan telur dadar. Si isteri siap makan berselera. Hilang dah pasal Char Keow Teow dan ayam goreng tadi.

Suami tak mahu tanya banyak-banyak. Nanti keluar segala menu lain. 

Tapi yang bestnya, si suamilah kena paksa makan lebih. Itu pasal suami membesar dengan jayanya. Hehe.

Kawan, sebagai suami jadilah pemimpin keluargamu. Buatlah keputusan yang tepat dan bijak. Terkadang isteri fikirannya jadi tak tetap dan berubah-ubah.

Menurut pakar, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron. Perubahan inilah yang menyebabkan ketidakseimbangan tubuh.

Tapi itu bukan suatu kekurangan pada wanita. Tidak. Wanita diciptakan penuh dengan emosi agar mampu mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi hebat.

Firman Allah SWT:


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita"
[Surah an-Nisa': 34]


Justeru, perempuan perlukan bimbinganmu untuk mengimbangi emosinya. Bukan sahaja Dalam masalah nak makan apa atau dekat mana, tetapi lebih besar dari itu lagi. Lelaki sebagai ketua keluarga perlu peka dan faham. Kerana lelaki memang diciptakan untuk memimpin. Akal fikirannya mantap untuk berbuat keputusan tepat. #done backup lelaki.

Hah, nak best lelakilah tolong masak bila isteri pening nak makan apa. Confirm licin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen