"Jangan Abaikan Setiap Pertanyaan Isteri, Ia Mengandungi Pelbagai Emosi Yang Terpendam..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap perkara yang ingin diluahkan itu akan ditelan semula, setiap kata yang diungkapkan itu tidak didengari malah hanya menjadi bahan perdebatan. Banyak perkara yang ingin diluahkan namun hanya mampu disimpan si dalam hati sahaja. Itulah isteri.

Apabila diluahkan nanti takut menjadi seorang isteri derhaka, takut nanti kata kurang memahami suami, takut sekiranya suaminya meninggalkan dirinya dan pelbagai lagi. Ketakutan dan kerisauan itu menyebabkan ramai yang memilih untuk mendiamkan diri dan lama-kelamaan makan hati sendiri.

Bukan tak cuba untuk diluahkan segala rasa yang berbuku di hati, tetapi semuanya akan berakhir dengan satu perkara yang tidak enak. Jadi untuk apa luahkan perkara yang sudah tahu pengakhirannya. Sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini kadang kala ada banyak betulnya, sebab dia itu isteri kita, maka perlukan kepekaan serta prihatin terhadap suri hati kita.



"Abang, saya ada benda nak cakap dengan abang ni...tapi abang jangan marah plak..."

"Cakaplah..."

"Bleh tak kita pindah duduk asing, sewa sendiri?"

"Kenapa, sini tak ok? tak selesa? apa lagi yang tak cukup? Awak duduk je la sini, jangan ikut sangat perasaan awak, jangan ikut sangat kawan-kawan..."

"Baiklah abang, saya minta maaf."

Banyak isteri yang takut nak meluahkan perasaan mereka. Mereka bimbang takut-takut ada hati yang terluka atau terasa dengan luahan itu, mereka juga bimbang, apa yang diceritakan itu akan disalahertikan.

Mereka tak nak jadi derhaka, tak nak dianggap jahat dan tak bersyukur...

Pilihan terakhir, turutkan saja kemahuan dan kehendak suami, apa yang suami suruh, apa yang suami nak... Suami, sedarkah apa yang tersirat disebalik pertanyaan tersebut? Tahukah kita apa yang seorang isteri ingin memberitahu kita tentang isi hatinya? Apa yang dia mahu, apa yang dia lalui, apa yang dia rasa...

Kita selalu anggap yang itu hanyalah sebuah "pertanyaan biasa" sedangkan sebenarnya emosi isteri dah sarat, dah banyak yang dipendamnya. Terlalu banyak yang disimpan dan tak diceritakan dan keberanian dia untuk buka mulut, bertanya, merupakan caranya untuk memberitahu bahawa dia sudah melepasi tahap-tahap yang dia mampu terima...

Kalau kita tak faham, siapa lagi yang faham. Kalau kita tak ambil apa-apa tindakan, siapa lagi akan ambil tindakan?

Setiap luahan isteri itu penting, setiap cerita isteri itu penting dan setiap pertanyaan isteri itu penting. Orang perempuan akan pendam dan simpan selagi dia boleh but if dia dh tak boleh, dia akan suarakan... Dia akan cakap...

Peka, prihatin dan ambil tahu... Itu isteri kita....

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen