Kenapa Penting Tidur Sekejap Pada Waktu Siang? Jom Baca.

Pasti kita sering terdengar, tidur sekejap pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu zohor amat digalakkan kerana banyak manfaat pada tubuh badan kita. Dapat tidur pada waktu yang singkat adalah dalam masa 30 minit dan dipanggil juga ‘Take a nap’.

Kenapa tidur sekejap sebelum waktu zohor ini amat digalakkan? Jom baca…

1. Lebih peka dan responsive.

Anda pasti ketahui bahawa tenaga mulai menurun pada waktu petang. Anda mula rasa mengantuk dan hilang fokus. Ia berlaku kepada kebanyakan kita dan kita mulai mempersoalkan keadaan itu. Cara paling senang untuk mengembalikan tenaga adalah dengan tidur siang.

National Sleep Foundation mengesyorkan tidur siang selama dua puluh hingga tiga puluh minit, boleh meningkatkan kecerdasan dan prestasi tanpa membuatkan anda rasa lemah dan tepu, bahkan tidak mengganggu tidur malam.

2. Mengubati insomnia.

Sesiapa yang mengalami masalah sukar tidur malam. Praktikkan ini!

Satu kajian mendapati bahawa individu yang tidur siang selama 15 minit akan berasa lebih fokus dan kurang mengantuk walaupun kurang tidur pada waktu malam. Ini kerana 1 minit tidur pada waktu siang bersamaan 45 minit tidur pada waktu malam!

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Adakah anda tahu individu yang tidur siang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu adalah 37% lebih rendah kemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung?

Menurut National Institute of Health berpendapat bahawa tidur siang berguna untuk menurunkan tekanan. Tekanan tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan keradangan. Inilah sebab mengapa doktor mengesyorkan meluangkan masa untuk berehat semasa tekanan, kerana dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Meningkatkan daya ingatan

Satu kajian menyatakan bahawa tidur siang selama 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan. Peningkatan daya ingatan ini terjadi dalam fasa slow wave sleep atau tidur gelombang pendek yang terjadi ketika tidur siang.

5. Membantu bangun malam dari segi perspektif Islam

Tahukah anda tidur siang diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ianya membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’. Tidur siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen