Antara Tanda-Tanda Anak Anda Adalah Mangsa Buli Di Sekolah.

Ada segelintir ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak kecil ke sekolah, kerana bimbang sekiranya anak-anak menjadi mangsa buli. Hal ini menjadi semakin berpanjangan apabila anak-anak sukar pula untuk meluahkan perasaan. Berkemungkinan takut atau dirasakan tiada siapa dapat memahami dirinya ketika itu.

Oleh sebab itu, para ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil dimana menjadi rapat dengan mereka, supaya mereka akan merasakan ibu bapa adalah tempat yang paling selamat dan boleh dipercayai. Jom ketahui antara tanda-tanda anak anda sebenarnya menjadi mangsa buli…

1. Hilang minat untuk ke sekolah.

Tanda utama yang anda boleh lihat adalah, anak-anak hilang minat untuk ke sekolah. Pada awal persekolahan, atau pada minngu/bulan pertama perasaannya menjadi teruja kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. Namun, lama-kelamaan tabiatnya menjadi lain seperti menjadi hilang minat untuk ke sekolah.

Jika dicerita mengenai kawan-kawannya di sekolah pun, mulutnya tidak lagi petah berbicara seperti di awal persekolahan dahulu.

Bahkan, akhirnya anak-anak menjadi takut untuk ke sekolah, dan memang tiada keinginan lagi.

2. Mengalami kecederaan yang tidak boleh diterangkan.

Oleh kerana pada masa kini, kedua ibu bapa bekerjaya, anak-anak menjadi sukar untuk meluahkan perasaan mengenai kecederaan yang berlaku pada tubuh badannya. Hanya menyembunyikan, agar ibu bapanya tidak pernah perasan dengan luka atau cedera tersebut.

Namun, apabila ia dapat dilihat jelas oleh ibu bapa, anak-anak seolah-olah tidak dapat terangkan mengenai kecederaan tersebut. Dan mula tergagap-gagap apabila minta untuk kongsi cerita.

3. Sentiasa mengalami sakit fizikal.

Kadang-kala, apabila anak-anak anda dicederakan, kemungkinan mereka mengalami kecederaan dalaman, dimana ibu bapa tidak boleh lihat jelas luka tersebut. Dan ia hanya muncul apaila mulai lebam, dan tubuh badan menunjukkan kesan biru. Antara sakit-sakit fizikal yang anak-anak akan mula mengadu adalah, sakit kepala, lenguh satu badan dan seumpama dengannya.

4. Sukar untuk tidur malam.

Anak-anak juga akan mengalami insomnia atau sukar untuk tidur malam, kerana mereka mengalami kemurungan. Anak-anak yang dibuli di sekolah, akan menjadi takut untuk ke sekolah jika memikirkan yang dirinya hanya dibuli sahaja pada esok hari. Kebimbangan ini meracuni minda mereka sehingga sukar untuk tidur.

Ibu bapa perlu lihat tabiat anak seperti ini.

5. Barang sekolah banyak yang hilang.

Antara salah satu menjadi mangsa buli adalah apabila barang sekolahnya banyak yang hilang. Jika ibu bapa mula bertanya berkenaan dengan hal ini, anak-anak hanya menjawab “hilang begitu sahaja” atau tersalah letak. Secara realistiknya, mustahil barang-barang mudah hilang untuk setiap hari. Pasti ada yang tidak kena pada anak-anak anda sebenarnya.

6. Menjadi rendah diri.

Anak anda yang sewaktu dulu adalah seorang yang ceria, mudah tersenyum dan terhibur, malah senang diajak untuk bergurau senda. Namun, secara tiba-tiba senyap begitu sahaja. Tambahan pula, anak-anak mula menjadi rendah diri dan mudah sentap apabila bergurau dengan adik-beradiknya sendiri. Perbezaan kelakuan ini, harus diperhatikan oleh ibu bapa.

Sekiranya semua tanda-tanda ini ada pada anak anda, segera dapatkan rawatan dan khimat kaunselor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen